Skip to content

UTUSAN SARAWAK

SUMBER MAKLUMAT ERA BAHARU

Primary Menu
  • LAMAN UTAMA
  • IKLAN
  • SEMASA
  • WILAYAH
    • Selatan
    • Tengah
    • Utara
  • TEMPATAN
  • NASIONAL
  • INSPIRASI
  • KESIHATAN
  • ADVERTORIAL
  • RENCANA
  • TEKNOLOGI
  • PENDIDIKAN
  • BISNES
  • MAHKAMAH
  • JENAYAH
  • KEMALANGAN
  • KEBAKARAN
  • KOLUM
  • GLOBAL
  • SUKAN
  • WBS
  • Home
  • WILAYAH
  • Projek naik taraf Taman Rekreasi Bintangor tingkat kualiti kemudahan riadah
  • Tengah
  • WILAYAH

Projek naik taraf Taman Rekreasi Bintangor tingkat kualiti kemudahan riadah

Utusan Sarawak 8 hours ago
TINJAU… Datuk Ding Koung Hiing meninjau perkembangan pelaksanaan kerja-kerja naik taraf Taman Rekreasi Bintangor. Foto Pusat Khidmat Meradong

BINTANGOR: Taman Rekreasi Bintangor bakal berwajah baharu menerusi projek naik taraf bernilai RM4 juta yang dilaksanakan di bawah pelaksanaan projek pertama Agensi Pembangunan Delta Rajang (RADDA) bagi meningkatkan kemudahan rekreasi dan keselesaan masyarakat setempat. 

Ahli Dewan Undangan Negeri (ADUN) Meradong, Datuk Ding Kuong Hiing, berkata projek ini merupakan antara inisiatif penting kerajaan dalam memperkukuh kemudahan awam, sekali gus menjadikan taman tersebut lebih selamat dan mesra pengguna.

Katanya, lawatan kerja tersebut merupakan lawatan kali kedua selepas penyerahan tapak projek pada 5 Januari 2026 bagi meninjau sendiri perkembangan pelaksanaan kerja-kerja naik taraf yang sedang dijalankan.

“Projek menaik taraf Taman Rekreasi Bintangor ini melibatkan kos keseluruhan sebanyak RM4 juta yang bertujuan meningkatkan kemudahan awam serta menyediakan persekitaran rekreasi yang lebih selesa, selamat dan mesra pengguna kepada masyarakat setempat,” katanya ketika ditemui media, baru-baru ini.

Dalam lawatan tersebut, Koung Hiing meninjau beberapa komponen utama projek termasuk kerja-kerja menaik taraf tandas awam bagi memberikan keselesaan kepada pengunjung taman.

Selain itu, beliau turut melihat perkembangan kerja menaik taraf litar jalan utama taman yang penting bagi memastikan keselamatan pengguna khususnya bagi aktiviti riadah seperti berjalan kaki dan berjoging.

Turut menjadi perhatian ialah pembinaan struktur baharu Jambatan Merah yang dijangka menjadi salah satu tarikan ikonik baharu di taman tersebut dan pembinaan sebuah pentas di tengah kawasan taman untuk kegunaan aktiviti komuniti dan program kemasyarakatan.

Dalam masa sama, pembinaan tapak permainan kanak-kanak turut dilaksanakan sebagai usaha menyediakan kemudahan rekreasi yang lebih mesra keluarga sekali gus menjadikan taman tersebut destinasi pilihan masyarakat setempat. 

“Projek ini selaras dengan komitmen kerajaan untuk memperindah kawasan bandar serta meningkatkan kualiti hidup masyarakat melalui penyediaan kemudahan awam yang lebih lengkap dan berkualiti.

“Saya berharap semua pihak yang terlibat dapat memastikan projek ini disiapkan mengikut jadual yang ditetapkan serta mengekalkan mutu kerja yang tinggi demi manfaat jangka panjang kepada masyarakat,” katanya.

Beliau turut menyeru orang ramai agar bersama-sama menjaga dan memelihara kemudahan yang disediakan supaya dapat dimanfaatkan secara berterusan oleh generasi kini dan akan datang.

Oleh Earl Anek

Tags: wilayah

Continue Reading

Previous: Ular sawa ‘ceroboh’ reban ayam berjaya ditangkap
Next: 18 unit pili bomba diperiksa dalam operasi pemeriksaan berkala BBP Bintangor

Arkib

  • TERMA & SYARAT
  • PENAFIAN
  • HUBUNGI KAMI
Utusan Sarawak By Warta Niaga Sdn.Bhd | MoreNews by AF themes.