Skip to content

UTUSAN SARAWAK

SUMBER MAKLUMAT ERA BAHARU

Primary Menu
  • LAMAN UTAMA
  • IKLAN
  • SEMASA
  • WILAYAH
    • Selatan
    • Tengah
    • Utara
  • TEMPATAN
  • NASIONAL
  • INSPIRASI
  • KESIHATAN
  • ADVERTORIAL
  • RENCANA
  • TEKNOLOGI
  • PENDIDIKAN
  • BISNES
  • MAHKAMAH
  • JENAYAH
  • KEMALANGAN
  • KEBAKARAN
  • KOLUM
  • GLOBAL
  • SUKAN
  • WBS
  • Home
  • SUKAN
  • TRD Serian juara Kejohanan Bola Sepak Sembilan Sebelah Piala YB Mohamad Duri 2026
  • SUKAN

TRD Serian juara Kejohanan Bola Sepak Sembilan Sebelah Piala YB Mohamad Duri 2026

Utusan Sarawak 7 hours ago
PASUKAN TRD dari Serian mengesahkan kejuaraan mereka apabila muncul juara Kejohanan Bola Sepak Sembilan Sebelah Piala YB Mohamad Duri 2026 yang berlangsung semalam. Foto: ADUN Kalaka

SARATOK: Pasukan TRD dari Serian mengesahkan kejuaraan mereka apabila muncul juara Kejohanan Bola Sepak Sembilan Sebelah Piala YB Mohamad Duri 2026 yang berlangsung semalam.

Pasukan TRD mempamerkan aksi cemerlang sepanjang kejohanan sekali gus menewaskan cabaran daripada 15 pasukan lain yang turut merebut gelaran juara dalam pertandingan anjuran Pergerakan Pemuda Parti Pesaka Bumiputera Bersatu (PBB) Kampung Perpat itu.

Kejayaan tersebut membolehkan pasukan TRD membawa pulang wang tunai berjumlah RM2,500 berserta piala dan pingat sebagai ganjaran kemenangan.

Naib juara pula menjadi milik pasukan Tebelu Kastom yang terpaksa akur tewas 2-1 dalam perlawanan akhir, namun tetap membawa pulang wang tunai RM1,000 berserta piala dan pingat.

Tempat ketiga dimenangi oleh pasukan KBC FC dari Krian Saratok yang menerima wang tunai RM800 selain piala dan pingat. Sementara itu, tempat keempat disandang oleh pasukan Generation dari Kampung Tuie yang membawa pulang wang tunai RM400.

FOTO ADUN Kalaka

Ahli Dewan Undangan Negeri (ADUN) Kalaka, Mohamad Duri merakamkan ucapan tahniah kepada pihak penganjur atas kejayaan menganjurkan kejohanan tersebut yang terus menjadi tradisi tahunan di Kampung Perpat.

Beliau berkata, kejohanan itu diadakan setiap tahun selepas sambutan Hari Raya Aidilfitri dan berjaya menarik penyertaan yang memberangsangkan daripada pelbagai pasukan.

Menurutnya, penyertaan pasukan dari luar daerah seperti Serian, Kampung Tuie dan Tebelu turut menyerlahkan lagi kemeriahan kejohanan selain pasukan tempatan.

Kejohanan yang berlangsung selama tiga hari itu bukan sahaja mencungkil bakat baharu dalam kalangan belia, malah menjadi platform penting untuk mengeratkan ukhuwah antara peserta.

Majlis penangguhan dan penyampaian hadiah disempurnakan oleh Kaunselor Saee Ason mewakili ADUN Kalaka di Padang SK Kampung Perpat.

Oleh Adi Safarman

Continue Reading

Previous: Maraton Sarawak Energy 2026 buka pendaftaran awal hingga esok
Next: Maksu B Maludam rangkul kejuaraan Piala Aidilfitri 2026

Arkib

  • TERMA & SYARAT
  • PENAFIAN
  • HUBUNGI KAMI
Utusan Sarawak By Warta Niaga Sdn.Bhd | MoreNews by AF themes.