Skip to content

UTUSAN SARAWAK

SUMBER MAKLUMAT ERA BAHARU

Primary Menu
  • LAMAN UTAMA
  • IKLAN
  • SEMASA
  • WILAYAH
    • Selatan
    • Tengah
    • Utara
  • TEMPATAN
  • NASIONAL
  • INSPIRASI
  • KESIHATAN
  • ADVERTORIAL
  • RENCANA
  • TEKNOLOGI
  • PENDIDIKAN
  • BISNES
  • MAHKAMAH
  • JENAYAH
  • KEMALANGAN
  • KEBAKARAN
  • KOLUM
  • GLOBAL
  • SUKAN
  • WBS
  • Home
  • WILAYAH
  • Majlis Aidilfitri BDA satukan komuniti pelbagai kaum di Bintulu
  • WILAYAH

Majlis Aidilfitri BDA satukan komuniti pelbagai kaum di Bintulu

Utusan Sarawak 13 hours ago
TIMBALAN Pengerusi BDA, Dato Haidar Khan Asghar Khan, Dato Haidar Khan Asghar Khan berucap pada Majlis Ramah Tamah Aidilfitri anjuran BDA di Dewan Suarah Bintulu, hari ini.

BINTULU: Penganjuran Majlis Ramah Tamah Aidilfitri oleh Lembaga Kemajuan Bintulu (BDA) terus memainkan peranan penting sebagai medium penyatuan masyarakat berbilang kaum di daerah ini.

Timbalan Pengerusi BDA, Dato Haidar Khan Asghar Khan berkata, majlis tersebut bukan sekadar acara sambutan perayaan sebaliknya menjadi wadah memperkukuh hubungan antara kerajaan, sektor industri dan komuniti setempat.

“Majlis ini bukan sekadar acara tahunan, tetapi merupakan simbol perpaduan dan keharmonian masyarakat Bintulu yang kita banggakan bersama,” katanya.

Beliau berkata demikian ketika berucap pada Majlis Ramah Tamah Aidilfitri bersama Premier Sarawak, Datuk Patinggi Tan Sri Abang Johari Tun Openg yang diwakili Timbalan Menteri Perancangan Bandar, Pentadbiran Tanah dan Alam Sekitar, Datuk Len Talif Salleh di Dewan Suarah Bintulu di sini, hari ini.

TIMBALAN Menteri Perancangan Bandar, Pentadbiran Tanah dan Alam Sekitar, Datuk Len Talif Salleh yang mewakili Premier Sarawak menerima cenderamata daripada Pengurus Besar BDA, Datu Muhamad Yakup Kari pada Majlis Ramah Tamah Aidilfitri di Dewan Suarah Bintulu, hari ini.

Menurutnya, penganjuran yang kini memasuki edisi keempat itu membuktikan komitmen berterusan semua pihak dalam memupuk semangat kebersamaan dalam kalangan masyarakat.

Tambah beliau, konsep majlis yang menghimpunkan pelbagai lapisan masyarakat di bawah satu bumbung mencerminkan pendekatan inklusif yang menjadi teras keharmonian di Bintulu.

“Semua pihak termasuk kerajaan, industri, persatuan dan komuniti berganding bahu menjayakan majlis ini dalam suasana penuh muhibah,” katanya.

Beliau berkata, BDA bertindak sebagai penyelaras utama, namun kejayaan penganjuran tersebut adalah hasil kerjasama erat semua pihak yang terlibat.

Tambahnya, objektif utama majlis berkenaan adalah untuk memperkukuh perpaduan, mengeratkan hubungan strategik serta memupuk semangat saling menghormati dalam kalangan masyarakat majmuk.

Sehubungan itu, beliau berharap semangat kerjasama yang terjalin akan terus diperkasakan bagi memastikan keharmonian dan perpaduan masyarakat di Bintulu terus kekal.

Majlis tersebut menghimpunkan pelbagai pihak termasuk agensi kerajaan, sektor industri, persatuan, wakil kampung serta komuniti setempat.

Oleh Carolyne Utih

Tags: wilayah

Continue Reading

Previous: Majlis Islam Sarawak sasar himpunkan guru al-Quran di bawah satu pusat
Next: Pembinaan semula SK Datuk Bandar Debak RM17.9 juta pelaburan masa depan generasi muda

Arkib

  • TERMA & SYARAT
  • PENAFIAN
  • HUBUNGI KAMI
Utusan Sarawak By Warta Niaga Sdn.Bhd | MoreNews by AF themes.