Buaya 2.5 meter ‘tumpang’ rumah belum siap di Miri

Facebook
WhatsApp
DITANGKAP… Buaya ditemui berada di dalam rumah kosong yang masih dalam pembinaan di Miri, berjaya ditangkap APM Miri hari ini. Foto APM Miri

MIRI: Buaya sepanjang kira-kira 2.5 meter ditemui berada di dalam rumah kosong yang masih dalam pembinaan di sini, hari ini.

Dalam kejadian itu, Angkatan Pertahanan Awam (APM) Miri menerima panggilan kecemasan sebelum menggerakkan pasukan ke lokasi bagi menjalankan operasi menangkap haiwan liar.

DITANGKAP… Buaya ditemui berada di dalam rumah kosong yang masih dalam pembinaan di Miri, berjaya ditangkap APM Miri hari ini. Foto APM Miri

“Sebaik tiba di lokasi, pasukan mendapati seekor buaya berada di dalam rumah yang belum berpenghuni kerana masih dalam proses pembinaan.

“Operasi Menangkap Haiwan Liar (MHL) dijalankan dengan berhati-hati sebelum buaya katak sepanjang kira-kira 2.5 meter itu berjaya ditangkap,” kata APM Miri menerusi hantaran di laman Facebook hari ini.

Tiada sebarang kejadian tidak diingini berlaku sepanjang operasi berkenaan.

Oleh Liong Chai Ling