SAMBUNGAN DARI HALAMAN 1
Projek SARES merupakan inisiatif Kerajaan Sarawak menerusi Kementerian Utiliti dan dilaksanakan oleh Sarawak Energy Berhad (SEB) untuk membekalkan elektrik 24 jam kepada penduduk di kawasan pedalaman.
Ia sejajar Program Transformasi Luar Bandar Sarawak yang bertujuan merapatkan jurang perbezaan di antara pendudul luar bandar dan bandar dalam menikmati kemudahan utiliti asas itu.
Pada majlis sama, Abang Johari turut mengumumkan peruntukan sebanyak RM18 juta untuk tujuan membina Kompleks Sukan di kawasan Telang Usan dan RM1 juta untuk membina sebuah pusat pengumpulan pertanian di Long Pilah.
Turut hadir, Menteri Utiliti Sarawak, Dato Sri Dr. Stephen Rundi Utom, Timbalan Speaker Dewan Undangan Negeri Datuk Gerawat Gala, Ahli Parlimen Marudi, Anyie Ngau, Pengerusi Sarawak Energy Berhad, Datuk Amar Abdul Games Sepawi, Ketua Kaum Long Pilah, Saging Wan Lah.