Skip to content

UTUSAN SARAWAK

SUMBER MAKLUMAT ERA BAHARU

Primary Menu
  • LAMAN UTAMA
  • IKLAN
  • SEMASA
  • WILAYAH
    • Selatan
    • Tengah
    • Utara
  • TEMPATAN
  • NASIONAL
  • INSPIRASI
  • KESIHATAN
  • ADVERTORIAL
  • RENCANA
  • TEKNOLOGI
  • PENDIDIKAN
  • BISNES
  • MAHKAMAH
  • JENAYAH
  • KEMALANGAN
  • KEBAKARAN
  • KOLUM
  • GLOBAL
  • SUKAN
  • WBS
  • Home
  • WILAYAH
  • 4,000 pengunjung meriahkan Majlis Ramah Mesra Rumah Terbuka Sibuti
  • WILAYAH

4,000 pengunjung meriahkan Majlis Ramah Mesra Rumah Terbuka Sibuti

Utusan Sarawak 8 hours ago
ALBUM… Timbalan Menteri Luar Negeri, Dato Lukanisman Awang Sauni rakam kenangan bersama sebahagian ketua-ketua kaum kawasan Sibuti. Foto Adum Liu

BEKENU: Hampir 4,000 orang ramai berkunjung ke Majlis Ramah Mesra Rumah Terbuka Sibuti Timbalan Menteri Luar Negeri Dato Lukanisman Awang Sauni di Dewan Masyarakat Bekenu di sini, hari ini.

Lukanisman yang merangkap Ahli Parlimen Sibuti ketika ditemui media berkata, kehadiran orang ramai ini bukan hanya masyarakat pelbagai kaum di kawasan Sibuti, malah ada yang datang dari Miri dan Bintulu.

“Harapan saya di majlis ini juga dapat mengeratkan lagi silaturahim sekali gus memberi ruang kepada peniaga kecil-kecilan yang turut membantu menyediakan masakan hidangan.

“Saya juga dapat bertanya khabar dan mendengar permasalahan rakyat,” katanya ketika ditemui media pada majlis itu hari ini.

RAMAI… Suasana kemeriahan yang terakam di setiap sudut oleh orang ramai yang berbilang kaum dan agama di Sibuti. Foto Adum Liu

Beliau yang merangkap Ahli Parlimen Sibuti menambah, sebentar lagi ada rakyat bertanya tentang status mengenai penerima bantuan Sumbangan Keperluan Asas Sarawak (SKAS) dan warga emas bertanya tentang bantuan RM500 kerajaan Sarawak.

“Walaupun saya tidak lagi jawatan portfolio dalam Kementerian Kesihatan (KKM) dan nasihat saya untuk menggunakan inisiatif ini ke klinik dan farmasi yang telah berdaftar, ini merupakan inisiatif terbaik Premier Sarawak, Datuk Patinggi Tan Sri Abang Johari Tun Openg,” katanya lagi.

SELAMAT HARI RAYA… Timbalan Menteri Luar Negeri, Dato Lukanisman Awang Sauni ketika menyambut kedatangan Timbalan Menteri Pembangunan Wanita dan Kanak-Kanak, Datuk Rosey Yunus dan Timbalan Menteri Pelancongan, Chiew Choon Man ke Majlis Ramah Mesra Rumah Terbuka Sibuti di Dewan Masyarakat Bekenu hari ini. Foto Adum Liu

Turut hadir Timbalan Menteri Pembangunan Wanita dan Kanak-Kanak Datuk Rosey Yunus dan Timbalan Menteri Pelancongan Chiew Choon Man dan ketua-ketua masyarakat setempat.

Oleh Adum Liu

Tags: wilayah

Continue Reading

Previous: RTP tingkat prasarana pendidikan, komuniti di Sarikei
Next: Projek pembinaan Jalan Bario ke Pa Lungan menjadi pemangkin kepada masyarakat di kawasan pedalaman

Arkib

  • TERMA & SYARAT
  • PENAFIAN
  • HUBUNGI KAMI
Utusan Sarawak By Warta Niaga Sdn.Bhd | MoreNews by AF themes.