Skip to content

UTUSAN SARAWAK

SUMBER MAKLUMAT ERA BAHARU

Primary Menu
  • LAMAN UTAMA
  • IKLAN
  • SEMASA
  • WILAYAH
    • Selatan
    • Tengah
    • Utara
  • TEMPATAN
  • NASIONAL
  • INSPIRASI
  • KESIHATAN
  • ADVERTORIAL
  • RENCANA
  • TEKNOLOGI
  • PENDIDIKAN
  • BISNES
  • MAHKAMAH
  • JENAYAH
  • KEMALANGAN
  • KEBAKARAN
  • KOLUM
  • GLOBAL
  • SUKAN
  • WBS
  • Home
  • WILAYAH
  • RTP tingkat prasarana pendidikan, komuniti di Sarikei
  • WILAYAH

RTP tingkat prasarana pendidikan, komuniti di Sarikei

Utusan Sarawak 8 hours ago
PENYERAHAN projek RTP oleh MDS kepada pihak kontraktor disaksikan oleh Kapitan Ling Dien Yong dan pasukan Pusat Khidmat Repok selaku wakil Dato’ Sri Huang Tiong Sii. Foto Pusat Khidmat Repok

SARIKEI: Projek Program Transformasi Luar Bandar (RTP) melibatkan sekolah, persatuan komuniti dan rumah ibadat terus dipergiat sebagai usaha memperkukuh kemudahan asas masyarakat setempat.

Timbalan Menteri Perladangan dan Komoditi yang juga Ahli Parlimen Sarikei dan Ahli Dewan Undangan Negeri (ADUN) Repok, Dato’ Sri Huang Tiong Sii, berkata pelaksanaan projek-projek RTP tersebut mencerminkan komitmen berterusan kerajaan dalam meningkatkan kemudahan di Daerah Sarikei.

“Projek-projek ini bukan sahaja bertujuan meningkatkan kemudahan sedia ada, malah memberi manfaat secara langsung kepada masyarakat setempat termasuk dalam aspek pendidikan, sosial dan keagamaan.

“Saya berharap pelaksanaan projek ini dapat berjalan lancar dan memberi impak positif kepada komuniti,” katanya ketika dihubungi, hari ini.

PENYERAHAN projek RTP oleh MDS kepada pihak kontraktor disaksikan oleh Kapitan Ling Dien Yong dan pasukan Pusat Khidmat Repok selaku wakil Dato’ Sri Huang Tiong Sii. Foto Pusat Khidmat Repok

Hadir bagi mewakili beliau untuk menyaksikan penyerahan tapak projek RTP oleh Majlis Daerah Sarikei (MDS) selaku agensi pelaksana kepada pihak kontraktor ialah Kapitan Ling Dien Yong dan pasukan Pusat Khidmat Repok.

Antara projek yang terlibat adalah pembinaan pentas baharu di Sekolah Jenis Kebangsaan Cina (SJKC) Kwang Chien, kerja naik taraf bilik Kesatuan Kebangsaan Dayak Sarawak (SDNU) Cawangan Sarikei, pembinaan bumbung terbuka di SJKC Wah Man, kerja mengecat bangunan Persatuan Cina Bersatu (UCA) Sarikei dan naik taraf kemudahan Gereja Methodist Nyelong Park.

Tambahnya, pelaksanaan projek-projek tersebut bukan sahaja meningkatkan kemudahan fizikal sedia ada, malah menyediakan ruang yang lebih selesa untuk pelaksanaan pelbagai aktiviti pendidikan dan kemasyarakatan.

“Kerjasama erat antara agensi pelaksana, kontraktor serta komuniti setempat amat penting bagi memastikan setiap projek dapat disiapkan mengikut jadual dan spesifikasi yang ditetapkan.

“Terima kasih kepada MDS serta semua pihak yang terlibat dalam memastikan pelaksanaan projek RTP berjalan lancar dan memberi manfaat berterusan kepada masyarakat setempat,” katanya.

Oleh Earl Anek

Tags: wilayah

Continue Reading

Previous: Presiden JCI Sarikei, Wong Siew Wu sertai Kem Kepimpinan Asia Pasifik
Next: 4,000 pengunjung meriahkan Majlis Ramah Mesra Rumah Terbuka Sibuti

Arkib

  • TERMA & SYARAT
  • PENAFIAN
  • HUBUNGI KAMI
Utusan Sarawak By Warta Niaga Sdn.Bhd | MoreNews by AF themes.