
SEKITAR kunjungan Yang di-Pertua Negeri, Tun Pehin Sri Wan Junaidi Tuanku Jaafar serta isteri, Toh Puan Fauziah Mohd Sanusi ke rumah terbuka Aidilfitri di kediaman Pengerusi Permodalan ASSAR Sdn Bhd, Dato Sri Wahab Dolah di Sibu hari ini.

Wan Junaidi disambut Abdul Wahab dan isteri, Datin Sri Raesah Adai.

Turut mengiringi ialah Menteri Pelancongan, Industri Kreatif dan Seni Persembahan, Abdul Karim Rahman Hamzah dan isteri.

Dato Sri Wahab adalah juga Pengerusi Warta Niaga Sdn Bhd iaitu penerbit Utusan Sarawak dan bekas Ahli Parlimen Igan.

Hadir sama Timbalan Pengerusi Kumpulan Ta Ann Said Dolah dan Pengarah Urusan Kumpulannya, Dato KH Wong.






