Skip to content

UTUSAN SARAWAK

SUMBER MAKLUMAT ERA BAHARU

Primary Menu
  • LAMAN UTAMA
  • IKLAN
  • SEMASA
  • WILAYAH
    • Selatan
    • Tengah
    • Utara
  • TEMPATAN
  • NASIONAL
  • INSPIRASI
  • KESIHATAN
  • ADVERTORIAL
  • RENCANA
  • TEKNOLOGI
  • PENDIDIKAN
  • BISNES
  • MAHKAMAH
  • JENAYAH
  • KEMALANGAN
  • KEBAKARAN
  • KOLUM
  • GLOBAL
  • SUKAN
  • WBS
  • Home
  • NASIONAL
  • Lamar Bella Astillah di Gunung Kinabalu, Syed Saddiq umum bertunang hari ini
  • NASIONAL

Lamar Bella Astillah di Gunung Kinabalu, Syed Saddiq umum bertunang hari ini

Utusan Sarawak 15 hours ago
DARI misi bantu rakyat ke kisah cinta—lamaran di puncak Gunung Kinabalu kini menuju hari pertunangan.

KUALA LUMPUR: Hubungan yang bermula atas dasar kerja akhirnya membawa kepada fasa lebih serius apabila selebriti Bella Astillah dan Ahli Parlimen Muar Syed Saddiq Syed Abdul Rahman, bakal mengikat tali pertunangan hari ini.

Perkhabaran itu dikongsikan sendiri oleh Syed Saddiq menerusi hantaran di media sosialnya, tanpa memperincikan butiran majlis, namun disertakan dengan video momen lamaran romantis di atas Gunung Kinabalu di Sabah.

“Saya bertanyakan (melamar), dia berkata ya. Ini bukan pengakhiran cerita, ini permulaan kita. Dan hari ini majlis pertunangan kami, doakan.

“Bermula dengan kerjasama biasa yang akhirnya meraih lebih RM6 juta untuk rakyat, tanpa sedar turut menyatukan dua hati. Allah SWT sebaik-baik perancang,” menurut hantaran itu.

Hubungan pasangan berkenaan mula menjadi perhatian ramai selepas mereka dilihat kerap bekerjasama dalam beberapa inisiatif, sekali gus menimbulkan spekulasi dalam kalangan peminat sehingga mencetuskan fenomena #BASS dalam media sosial.

Gabungan dua figura daripada dunia hiburan dan politik itu bukan sahaja mencuri tumpuan, tetapi turut dilihat sebagai simbol keserasian yang boleh terjalin daripada matlamat yang sama dalam membantu masyarakat. – Bernama

Continue Reading

Previous: Lubok Antu catat cuaca panas Tahap 1, Sarawak berjaga-jaga
Next: KPDN beri amaran tegas, tiada kompromi terhadap penyelewengan subsidi

Arkib

  • TERMA & SYARAT
  • PENAFIAN
  • HUBUNGI KAMI
Utusan Sarawak By Warta Niaga Sdn.Bhd | MoreNews by AF themes.