Skip to content

UTUSAN SARAWAK

SUMBER MAKLUMAT ERA BAHARU

Primary Menu
  • LAMAN UTAMA
  • IKLAN
  • SEMASA
  • WILAYAH
    • Selatan
    • Tengah
    • Utara
  • TEMPATAN
  • NASIONAL
  • INSPIRASI
  • KESIHATAN
  • ADVERTORIAL
  • RENCANA
  • TEKNOLOGI
  • PENDIDIKAN
  • BISNES
  • MAHKAMAH
  • JENAYAH
  • KEMALANGAN
  • KEBAKARAN
  • KOLUM
  • GLOBAL
  • SUKAN
  • WBS
  • Home
  • NASIONAL
  • Lubok Antu catat cuaca panas Tahap 1, Sarawak berjaga-jaga
  • NASIONAL

Lubok Antu catat cuaca panas Tahap 1, Sarawak berjaga-jaga

Utusan Sarawak 8 hours ago

KUALA LUMPUR: Lima daerah di Kedah, selain Hulu Perak di Perak serta seluruh negeri Perlis merekodkan gelombang haba Tahap 2 setakat 6.00 pagi tadi.

Jabatan Meteorologi Malaysia (MetMalaysia) memaklumkan daerah yang terlibat dengan gelombang haba di Kedah ialah Baling, Sik, Pendang, Pokok Sena dan Kota Setar.

Berdasarkan rekod yang dikemas kini di laman rasmi MetMalaysia, beberapa kawasan lain di Kedah merekodkan cuaca panas Tahap 1 atau berjaga-jaga melibatkan Bandar Baharu, Kulim, Kuala Muda, Padang Terap, Kubang Pasu dan Pulau Langkawi.

Cuaca panas Tahap 1 turut dilaporkan di Perak Tengah, Kinta, Kuala Kangsar dan Selama di Perak; Timur Laut serta Daerah Utara di Pulau Pinang; Jerantut di Pahang; dan Lubok Antu di Sarawak.

Kriteria cuaca panas Tahap 2 atau gelombang haba merujuk kepada suhu maksimum harian antara 37 hingga 40 darjah Celsius, manakala Tahap 1 pula melibatkan suhu antara 35 hingga 37 darjah Celsius.

Kedua-dua tahap ini direkodkan apabila suhu berkenaan berlaku sekurang-kurangnya selama tiga hari berturut-turut. – Bernama

Continue Reading

Previous: Had umur 16 tahun guna media sosial langkah terbaik lindungi kanak-kanak
Next: Lamar Bella Astillah di Gunung Kinabalu, Syed Saddiq umum bertunang hari ini

Arkib

  • TERMA & SYARAT
  • PENAFIAN
  • HUBUNGI KAMI
Utusan Sarawak By Warta Niaga Sdn.Bhd | MoreNews by AF themes.