Skip to content

UTUSAN SARAWAK

SUMBER MAKLUMAT ERA BAHARU

Primary Menu
  • LAMAN UTAMA
  • IKLAN
  • SEMASA
  • WILAYAH
    • Selatan
    • Tengah
    • Utara
  • TEMPATAN
  • NASIONAL
  • INSPIRASI
  • KESIHATAN
  • ADVERTORIAL
  • RENCANA
  • TEKNOLOGI
  • PENDIDIKAN
  • BISNES
  • MAHKAMAH
  • JENAYAH
  • KEMALANGAN
  • KEBAKARAN
  • KOLUM
  • GLOBAL
  • SUKAN
  • WBS
  • Home
  • GLOBAL
  • Peluncur ski keempat maut susulan salji runtuh di South Tyrol, Itali
  • GLOBAL

Peluncur ski keempat maut susulan salji runtuh di South Tyrol, Itali

Utusan Sarawak 7 hours ago
GAMBAR hiasan. Foto Agensi

ROM: Seorang lagi peluncur ski maut susulan runtuhan salji di wilayah Itali di South Tyrol pada hujung minggu, lapor Agensi Akhbar Jerman (dpa).

Lelaki berusia 44 tahun dari Austria itu meninggal dunia akibat kecederaannya di hospital di Bolzano, menurut pusat perubatan itu semalam.

Sebanyak empat orang terkorban dalam kejadian itu iaitu dua lelaki lain berusia 56 dan 62 tahun dan seorang wanita berusia 26 tahun, kesemuanya berasal dari Itali.

Tiga orang warga Jerman turut cedera.

Menurut pasukan penyelamat, runtuhan salji, yang berukuran sekitar 150 meter lebar dan 800 meter panjang, telah menimpa puluhan peluncur ski di kawasan Alpen tinggi pada Sabtu.

Ketulan salji itu pecah berhampiran Hohe Ferse setinggi 2,669 meter berdekatan Ratschings.

Menurut Perkhidmatan Amaran Salji Runtuh Eropah (EAWS), secara keseluruhan, sekurang-kurangnya 130 maut dalam runtuhan salji di Eropah pada musim sejuk ini.

Jumlah kematian runtuhan salji tertinggi kini direkodkan di Itali dengan 36 kematian, diikuti Perancis (31) dan Austria (29), lapor EAWS.- Bernama-dpa

Continue Reading

Previous: 15 maut bas terjatuh daripada feri di Bangladesh
Next: Harga minyak mentah Brent meningkat melebihi AS$100 setong – Data dagangan

Arkib

  • TERMA & SYARAT
  • PENAFIAN
  • HUBUNGI KAMI
Utusan Sarawak By Warta Niaga Sdn.Bhd | MoreNews by AF themes.