OSEIC Sarawak untuk kanak-kanak berkeperluan khas

Facebook
WhatsApp

Dua kes ini adalah antara perkembangan luar biasa pada bayi atau kanak-kanak  yang perlu intervensi awal bagi membantu mereka membangunkan keupayaan diri.  Kalaupun tidak sepenuhnya, sekurang-kurangnya ada aspek yang boleh dibentuk dari awal untuk menggalakkan mereka berdikari.

Intervensi awal merujuk kepada perancangan pendidikan khusus untuk kanak-kanak yang dikesan menghadapi masalah perkembangan keupayaan, sama ada  fizikal atau mental.  Ia membantu bayi dan kanak-kanak yang mengalami kelewatan perkembangan atau ketidakuapayaan untuk belajar kemahiran asas dan kemahiran baharu yang seharusnya mereka kuasai seawal usia tiga tahun pertama.

Komponen  intervensi awal direka untuk memenuhi keperluan individu kanak-kanak, meliputi  Terapi Cara Kerja, Terapi Fizikal, Khidmat Pertuturan dan Bahasa, Kaunseling dan Latihan untuk ahli keluarga.

Bayi atau kanak-kanak terbabit akan dibantu oleh ahli fisioterapi bertauliah bagi meningkatkan kualiti hidup mereka, manakala ahli keluarga atau penjaga pula akan diberi bimbingan tentang cara jagaan yang betul bagi menangani kanak-kanak terbabit.

Inilah sebahagian daripada fungsi One-Stop Early Intervention Centre (OSEIC) Sarawak yang diuruskan oleh  Persatuan Ibu Bapa Kanak-Kanak Cacat Sarawak (PIBAKAT) yang telah mula beroperasi di di Lot 14250, Seksyen 65 KTLD, 36C, Metrocity’s Commercial Precint di Jalan Matang, Kuching.

OSEIC yang mendapat sokongan Petronas menerusi projek Tanggungjawab Sosial Korporat (CSR) syarikat itu, menjadi medan intervensi awal untuk kanak-kanak yang diidiagnosis dengan ketidakupayaan sejak lahir ataupun kanak-kanak yang mengalami kelewatan perkembangan.

Antara perkembangan yang dimaksudkan  ialah kemahiran fizikal, kognitif, komunikasi, sosial dan emosi serta bantu diri.

OSEIC akan memainkan peranan untuk membantu bayi dan kanak-kanak dengan keperluan khas bagi mempelajari banyak kemahiran utama dan membangun seiring dengan usia mereka.

Justeru, jika ibu bapa  ada yang  khuatir tentang perkembangan anak mereka atau mengesyaki  anak tersebut mempunyai keperluan khas, aturlah pertemuan dengan OSEIC untuk mendapatkan khidmat nasihat sewajarnya.

Tindakan segera penting kerana intervensi awal akan hanya berkesan apabila dimulakan dari awal dan masalah anak dikenalpasti melalui diagnosis yang teliti dan betul.

Operasi  OSEIC bermula jam 8 pagi hingga 5 petang pada setiap Isini hingga Jumaat.  Maklumat lanjut boleh didapati dengan menghubungi 082-544415 atau emel oseicsarawak@gmail.com atau layari laman sesawang www.oseic.org

Oleh Haini Darani

Belajar bersabar, jangan rasa tercabar

BELAJAR bersabar, jangan rasa tercabar adalah satu nasihat yang sangat mendalam. Jika diteliti dengan terperinci, sabar adalah kekuatan dalaman dan

Islam mengangkat martabat pekerja

DALAM Islam, pekerjaan bukan sekadar cara untuk memperoleh rezeki, malah ia merupakan satu bentuk ibadah yang mulia jika dilakukan dengan