Skip to content

UTUSAN SARAWAK

SUMBER MAKLUMAT ERA BAHARU

Primary Menu
  • LAMAN UTAMA
  • IKLAN
  • SEMASA
  • WILAYAH
    • Selatan
    • Tengah
    • Utara
  • TEMPATAN
  • NASIONAL
  • INSPIRASI
  • KESIHATAN
  • ADVERTORIAL
  • RENCANA
  • TEKNOLOGI
  • PENDIDIKAN
  • BISNES
  • MAHKAMAH
  • JENAYAH
  • KEMALANGAN
  • KEBAKARAN
  • KOLUM
  • GLOBAL
  • SUKAN
  • WBS
  • Home
  • KEBAKARAN
  • Pemeriksaan 14 pili bomba tingkat tahap keselamatan kebakaran di Bintangor
  • KEBAKARAN

Pemeriksaan 14 pili bomba tingkat tahap keselamatan kebakaran di Bintangor

Utusan Sarawak 7 hours ago
ANGGOTA bomba menjalankan pemeriksaan pili bomba. Foto BBP Bintangor

BINTANGOR: Sebanyak 14 unit pili bomba telah diperiksa dalam pemeriksaan pili bomba berjadual yang dilaksanakan oleh anggota Balai Bomba dan Penyelamat (BBP) Bintangor bagi memastikan tahap kesiapsiagaan peralatan pencegahan kebakaran sentiasa berada pada tahap optimum. 

Ketua BBP Bintangor, Mahmudin Narudin berkata, pemeriksaan tersebut dijalankan dari 9.30 pagi hingga 11.16 pagi melibatkan tiga orang anggota bomba.

“Pemeriksaan pili bomba ini dilaksanakan secara berjadual bagi memastikan semua pili berada dalam keadaan baik dan berfungsi dengan sempurna sekiranya diperlukan semasa operasi kecemasan.

ANGGOTA bomba menjalankan pemeriksaan pili bomba. Foto BBP Bintangor

“Langkah ini juga penting bagi memastikan tahap kesiapsiagaan pasukan bomba sentiasa berada pada tahap optimum dalam menghadapi sebarang insiden kebakaran,” katanya ketika dihubungi, baru-baru ini.

Katanya, antara lokasi yang terlibat dalam pemeriksaan tersebut ialah Sekolah Jenis Kebangsaan Cina (SJKC) Kai Chung melibatkan satu unit pili bomba, Jalan Janting (empat unit), Berek JKR Batu ½ (tiga unit) dan Jalan Abang Amin yang melibatkan enam unit pili bomba.

“Pemeriksaan pili bomba merupakan sebahagian daripada langkah pencegahan awal bagi memastikan kemudahan keselamatan awam sentiasa berada dalam keadaan siap sedia.

“Saya juga berharap agar orang ramai sentiasa memastikan kawasan sekitar pili bomba tidak dihalang bagi memudahkan akses sekiranya berlaku kecemasan pada masa hadapan,” katanya.

Oleh Earl Anek

Tags: KEBAKARAN

Continue Reading

Previous: Kebakaran hutan di Similajau, 80 peratus berjaya dipadam

Arkib

  • TERMA & SYARAT
  • PENAFIAN
  • HUBUNGI KAMI
Utusan Sarawak By Warta Niaga Sdn.Bhd | MoreNews by AF themes.