SIMUNJAN: MOTAC (Kementerian Pelancongan, Seni dan Budaya) menerusi Kraftangan Malaysia bergerak menuju ke era digitalisasi dengan membangunkan empat platform pemasaran atas talian.
E-Kraf Bazar, MYCRAFTSHOPPE, Craft-On-The-Go dan Google Arts And Culture membuka peluang kepada usahawan kraf dan pengguna untuk berhubung dan berurus niaga atas talian.
Kamaluddin Effendie selaku setiausaha Politik yang mewakili Dato Nancy Syukri, Menteri Perlancongan, Seni dan Budaya Malaysia, berucap dalam majlis penutup Makmal Keusahawanan Seni Budaya 2020, di Dewan Mesra Simunjan, semalam
“Meskipun terdapat persepsi bahawa perniagaan secara digital dibayangi kesukaran untuk mengakses dalam talian secara sistematik, ia perlu ditangani bagi menyakinkan usahawan dan orang ramai.
“Inisiatif digitalisasi ini dibangunkan secara berperingkat dan mula dimanfaatkan oleh usahawan kraf, komuniti kraf dan masyarakat semasa tempoh Perintah Kawalan Pergerakan (PKP) berjalan Mac lalu.
Program ini merupakan satu usaha untuk membangunkan kemahiran teknologi digital yang diperlukan untuk menjalankan perniagaan seni kraf di atas talian.
“Penyertaan usahawan kraf dalam makmal ini merupakan satu langkah tepat bagi memastikan sasaran perniagaan dapat dicapai,” jelasnya.
Melalui program ini juga, para usahawan seni dapat mengenal pasti potensi diri sebagai usahawan seni yang boleh menyumbang ke arah industri kreatif negara selain menjana pendapatan yang lebih baik.
Oleh Asyraf Halim