Skip to content

UTUSAN SARAWAK

SUMBER MAKLUMAT ERA BAHARU

Primary Menu
  • LAMAN UTAMA
  • IKLAN
  • SEMASA
  • WILAYAH
    • Selatan
    • Tengah
    • Utara
  • TEMPATAN
  • NASIONAL
  • INSPIRASI
  • KESIHATAN
  • ADVERTORIAL
  • RENCANA
  • TEKNOLOGI
  • PENDIDIKAN
  • BISNES
  • MAHKAMAH
  • JENAYAH
  • KEMALANGAN
  • KEBAKARAN
  • KOLUM
  • GLOBAL
  • SUKAN
  • WBS
  • Home
  • BISNES
  • Niaga hadapan emas ditutup rendah susulan geopolitik tidak menentu
  • BISNES

Niaga hadapan emas ditutup rendah susulan geopolitik tidak menentu

Utusan Sarawak 7 hours ago

KUALA LUMPUR: Kontrak niaga hadapan emas di Bursa Malaysia Derivatives ditutup rendah pada Selasa berikutan pelabur mengambil pendirian berhati-hati akibat ketidakpastian yang meningkat susulan perang yang semakin memuncak antara Amerika Syarikat (AS)-Israel dan Iran, yang memberi kesan kepada sentimen pasaran.

Rakan Pengurusan SPI Asset Management Stephen Innes berkata situasi semasa adalah merumitkan berikutan isyarat pasaran biasa yang tidak selari dengan pergerakan harga.

“Lazimnya, sekiranya ketegangan antara AS-Israel dan Iran mereda, harga minyak sewajarnya menyusut, dolar AS lemah dan hasil global berkurangan.

“Dalam keadaan ini, harga emas biasanya mendapat manfaat, bukan disebabkan kebimbangan meningkat, tetapi kerana kos memegang emas menjadi lebih rendah apabila hasil sebenar menyusut,” katanya kepada Bernama.

Pasaran di Malaysia ditutup pada 20 Mac (Jumaat) dan 23 Mac (Isnin) sempena Aidilfitri.

Pada akhir dagangan, kontrak bulan semerta Mac 2026 susut kepada AS$4,415.9 setiap auns troy daripada AS$4,720.10 pada Khamis, April 2026 turun kepada AS$4,436.0 setiap auns troy daripada AS$4,740.20 dan Mei 2026 rendah kepada AS$4,456.2 setiap auns troy daripada AS$4,760.4 sebelumnya.

Kontrak Jun, Ogos dan September 2026 turut ditutup lebih rendah kepada S$4,490.10 bagi setiap auns troy berbanding AS$4,794.30 pada Khamis.

Jumlah dagangan berkurangan kepada 11 lot daripada 34 lot pada Khamis manakala kepentingan terbuka merosot kepada 76 kontrak daripada 88 kontrak sebelumnya.

Harga emas fizikal berada pada AS$4,466.25 setiap auns troy pada penetapan petang oleh London Bullion Market Association pada 23 Mac 2026.- Bernamaa

Continue Reading

Previous: Ringgit susut kepada RM3.95 sedolar akibat ketidaktentuan perang AS-Iran

Arkib

  • TERMA & SYARAT
  • PENAFIAN
  • HUBUNGI KAMI
Utusan Sarawak By Warta Niaga Sdn.Bhd | MoreNews by AF themes.