KUCHING: Persekutuan Perniagaan Sarawak (SBF) bakal mengadakan sesi dialog ‘Belanjawan 2021 menuju Visi 2030’ dalam talian bersama dengan Ketua Menteri Datuk Patinggi Abang Johari Tun Openg yang diadakan pada 23 November 2020 melalui webinar.
Menurut Presiden Persekutuan Perniagaan Sarawak (SBF), Datuk Abang Abdul Karim Tun Datuk Abang Openg, webinar itu akan diadakan di pejabat Ketua Menteri dan akan disiarkan secara langsung melalui Zoom, Facebook dan YouTube kepada orang ramai pada jam 10.00 pagi.
“Sesi dialog itu bertujuan untuk memastikan anggota SBF mengikuti perkembangan terkini serta memberi maklumat kepada para anggota mengenai bagaimana negara akan meneruskan transformasinya menjadi negara berpendapatan tinggi menjelang 2030.
“Adalah menjadi harapan kami untuk mendapatkan beberapa maklumat berharga dan anda akan mencari pelbagai langkah proaktif untuk organisasi perniagaan di dalam usaha bergerak ke hadapan dan berada di laluan pantas yang membantu Sarawak berubah menjadi negeri berpendapatan tinggi pada 2030, seperti yang ditetapkan oleh Ketua Menteri.
“Beberapa matlamat utama Wawasan 2030 adalah untuk meningkatkan pendapatan isi rumah kepada RM15,000 setiap isi rumah, untuk mengurangkan kemiskinan mutlak dan relatif, meningkatkan kesihatan dan persekitaran kita dan banyak lagi,”Katanya.
Sementara itu, Timbalan Presiden SBF, Datuk Philip Ting berkata, Persekutuan Perniagaan Sarawak adalah organisasi konglomerat dan persatuan utama di dalam sektor perniagaan Sarawak.
“Ini bermatlamat untuk mempromosi dan melindungi kepentingan komuniti perniagaan di negeri ini, selain berfungsi sebagai penghubung di antara sektor swasta dan awam.
“Sehingga kini kami mempunyai 15 persatuan perniagaan dan perdagangan sebagai ahli termasuk Dewan Perniagaan & Perindustrian Sarawak, Dewan Usahawan Bumiputera Sarawak, Dewan Perniagaan dan Perindustrian Dayak, Dewan Perniagaan & Industri Cina Bersekutu Sarawak dan banyak lagi.
Oleh itu, webinar ini sememangnya akan berguna dan sangat diperlukan buat masa ini untuk ahli kami dan juga organisasi perniagaan lain di Sarawak,” tambahnya.
Sementara itu semua anggota Persekutuan Perniagaan Sarawak kini dipelawa untuk mengemukakan pelbagai soalan mereka pada 30 Oktober 2020.
Untuk mengetahui lebih lanjut mengenai pendaftaran Webinar Ketua Menteri dan keahlian SBF, kunjungi www.sbf.org.my, hubungi 082-237148 atau e-mel admin@sbf.org .my
Photo Caption: Presiden Persekutuan Perniagaan Sarawak (SBF) , Datuk Abang Abdul Karim Abang Openg (Tiga dari kanan), Timbalan Presiden SBF, Datuk Dr.Philip Ting (Tiga dari kiri), Naib Presiden SBF, Datu Abang Helmi Tan Sri Ikhwan (Dua dari Kiri) dan anggota SBF pada sidang media untuk melancarkan Webinar Ketua Menteri, di sini, semalam.
Oleh Jeakqleyn Yacho