Skip to content

UTUSAN SARAWAK

SUMBER MAKLUMAT ERA BAHARU

Primary Menu
  • LAMAN UTAMA
  • IKLAN
  • SEMASA
  • WILAYAH
    • Selatan
    • Tengah
    • Utara
  • TEMPATAN
  • NASIONAL
  • INSPIRASI
  • KESIHATAN
  • ADVERTORIAL
  • RENCANA
  • TEKNOLOGI
  • PENDIDIKAN
  • BISNES
  • MAHKAMAH
  • JENAYAH
  • KEMALANGAN
  • KEBAKARAN
  • KOLUM
  • GLOBAL
  • SUKAN
  • WBS
  • Home
  • KEBAKARAN
  • Rumah dua tingkat musnah dalam kebakaran awal pagi di Kampung Hulu Beladin
  • KEBAKARAN

Rumah dua tingkat musnah dalam kebakaran awal pagi di Kampung Hulu Beladin

Utusan Sarawak 8 hours ago
SEBUAH rumah dua tingkat jenis tidak kekal musnah sepenuhnya dalam kejadian kebakaran yang berlaku di Lorong Cempaka 17, Kampung Hulu Beladin, tengah malam tadi. Foto: BBP Saratok

BELADIN: Sebuah rumah dua tingkat jenis tidak kekal musnah sepenuhnya dalam kejadian kebakaran yang berlaku di Lorong Cempaka 17, Kampung Hulu Beladin, tengah malam tadi.

Ketua Zon 3 Jabatan Bomba dan Penyelamat Malaysia (JBPM) Sarawak, Muhammad Rais Adham Rosalan berkata, pihaknya menerima panggilan kecemasan berhubung kejadian itu 12.04 tengah malam sebelum loceng kecemasan dibunyikan beberapa saat kemudian.

Menurut beliau, jentera dari balai bergerak ke lokasi 12.05 pagi dan tiba sekitar sejam kemudian berikutan jarak perjalanan sejauh 65 kilometer serta keadaan jalan yang mencabar.

SEBUAH rumah dua tingkat jenis tidak kekal musnah sepenuhnya dalam kejadian kebakaran yang berlaku di Lorong Cempaka 17, Kampung Hulu Beladin, tengah malam tadi. Foto: BBP Saratok

“Setibanya di lokasi, didapati kebakaran melibatkan sebuah rumah dua tingkat berkeluasan 24 kaki x 36 kaki persegi yang telah musnah 100 peratus. 

“Api bagaimanapun telah dipadamkan lebih awal oleh Pasukan Bomba Sukarela (PBS) Beladin bersama penduduk setempat,” katanya dalam satu kenyataan.

Operasi pemadaman awal dilakukan menggunakan dua unit pam dan dua aliran hos sebelum ketibaan pasukan bomba, sekali gus berjaya mengawal kebakaran daripada merebak ke kawasan berhampiran.

Tambah beliau, pihak bomba kemudian menjalankan kerja-kerja ‘overhaul’ bagi memastikan tiada lagi sisa api yang boleh mencetuskan kebakaran berulang.

SEBUAH rumah dua tingkat jenis tidak kekal musnah sepenuhnya dalam kejadian kebakaran yang berlaku di Lorong Cempaka 17, Kampung Hulu Beladin, tengah malam tadi. Foto: BBP Saratok

Operasi turut berdepan kesukaran apabila jentera bomba tidak dapat memasuki kawasan kejadian disebabkan laluan sempit, menyebabkan peralatan terpaksa dipindahkan menggunakan kenderaan pacuan empat roda ke lokasi kebakaran.

Walaupun kebakaran tersebut memusnahkan keseluruhan rumah, tiada sebarang kecederaan atau kehilangan nyawa dilaporkan melibatkan penghuni rumah.

Penghuni yang terlibat dikenal pasti sebagai Haslinda Pon dan Muhammad Ziyad Amzar Yahya, yang dilaporkan selamat dalam kejadian tersebut.

Operasi berjaya dikawal sepenuhnya 2.00 pagi sebelum ditamatkan 10 minit kemudian. Punca kebakaran serta jumlah kerugian masih dalam siasatan pihak berkuasa. 

Turut terlibat dalam operasi ialah Polis Diraja Malaysia (PDRM) Beladin, Angkatan Pertahanan Awam (APM) Debak dan Pasukan Bomba Sukarela (PBS) Beladin.

Oleh Adi Safarman

Tags: KEBAKARAN

Continue Reading

Previous: Tindakan pantas penduduk kampung berjaya selamatkan keadaan dalam kebakaran stor di Lot Bunian

Arkib

  • TERMA & SYARAT
  • PENAFIAN
  • HUBUNGI KAMI
Utusan Sarawak By Warta Niaga Sdn.Bhd | MoreNews by AF themes.