Skip to content

UTUSAN SARAWAK

SUMBER MAKLUMAT ERA BAHARU

Primary Menu
  • LAMAN UTAMA
  • IKLAN
  • SEMASA
  • WILAYAH
    • Selatan
    • Tengah
    • Utara
  • TEMPATAN
  • NASIONAL
  • INSPIRASI
  • KESIHATAN
  • ADVERTORIAL
  • RENCANA
  • TEKNOLOGI
  • PENDIDIKAN
  • BISNES
  • MAHKAMAH
  • JENAYAH
  • KEMALANGAN
  • KEBAKARAN
  • KOLUM
  • GLOBAL
  • SUKAN
  • WBS
  • Home
  • TEMPATAN
  • SDCA perhalusi hala tuju, perkasa peranan belia dan warisan budaya
  • TEMPATAN

SDCA perhalusi hala tuju, perkasa peranan belia dan warisan budaya

Utusan Sarawak 8 hours ago
AHLI jawatankuasa Persatuan Kebudayaan Dayak Sarawak mengadakan lawatan kunjungan hormat ke Pejabat Timbalan Premier, Datuk Amar Douglas Uggah Embas.

PETRA JAYA: Satu mesyuarat strategik bersama Timbalan Premier Sarawak, Datuk Amar Douglas Uggah Embas, telah diadakan di Wisma Bapa Malaysia petang semalam bagi memperhalusi hala tuju serta memperkasa pelaksanaan aktiviti Persatuan Kebudayaan Dayak Sarawak (SDCA).

Mesyuarat itu menumpukan usaha memperluas penglibatan belia dalam program persatuan dan memelihara warisan budaya Sarawak, sekali gus memastikan kegiatan kebudayaan terus relevan di kalangan generasi muda.

Antara perbincangan utama ialah memastikan objektif aktiviti persatuan jelas dan tersusun, selain memperbaiki cara penyampaian program supaya kesan setiap aktiviti dapat dimaksimumkan.

Penglibatan golongan muda dalam aktiviti sosial dan kebudayaan turut menjadi fokus utama mesyuarat. Usaha ini penting bagi memberi peluang kepada belia mempelajari adat tradisi serta membentuk kemahiran kepimpinan.

Selain itu, visi jangka panjang persatuan turut dibentangkan kepada peserta pertandingan, terutamanya juara, termasuk membuka laluan kepada peluang kerjaya dalam bidang lakonan, peragaan, solekan profesional serta sebagai duta produk.

Perbincangan juga menekankan potensi kerjasama dengan pihak industri serta manfaat kepada penaja melalui promosi produk oleh peserta yang berjaya, sekali gus meningkatkan nilai komersial program.

Perancangan pertandingan akhir yang dijadual berlangsung di Kuching pada Julai depan, melibatkan juara peringkat bahagian bagi kategori Kumang, Bidayuh dan Orang Ulu, turut dibincangkan.

Dalam usaha memperluas impak program, mesyuarat menekankan kepentingan jaringan kerjasama strategik dengan pelbagai pihak, termasuk agensi pelancongan dan kebudayaan, bagi memperkukuh kedudukan SDCA sebagai platform pembangunan bakat dan pemeliharaan warisan budaya di Sarawak.

Datuk Amar Douglas Uggah Embas berharap SDCA dapat membuka lebih banyak ruang dan peluang kepada golongan muda untuk mengasah bakat, sekali gus melahirkan generasi berpotensi dalam pelbagai bidang termasuk seni, budaya dan industri kreatif.

Beliau menegaskan bahawa usaha berterusan dalam memperkukuh platform pembangunan bakat amat penting bagi memastikan warisan budaya terus relevan dan mampu dipromosikan ke persada antarabangsa.

Beliau turut menggalakkan kerjasama lebih erat antara persatuan, agensi kerajaan dan pihak industri bagi memperluas peluang kerjaya serta meningkatkan kebolehpasaran peserta, khususnya dalam bidang peragaan, lakonan, solekan profesional dan duta produk.

Bagi program akan datang, SDCA akan menganjurkan Bengkel Pemantapan dan Penyeragaman Juri Kumang dan Keling 2026 pada 18 April 2026 di Hotel Serapi.

 Bengkel bertemakan pemerkasaan budaya Dayak itu bertujuan menyelaraskan kriteria penjurian serta meningkatkan profesionalisme juri bagi memastikan penilaian adil, telus dan berlandaskan adat.

Dalam perkembangan berkaitan, SDCA bersama Sarawak Dayak National Union akan menganjurkan Pekit Kumang Keling pada 23 Mei 2026 di Dewan Suarah, Sri Aman.

Pada 8 Mei 2026, Pekit Kumang dan Keling akan dianjurkan di Bintulu, manakala pada 3 Julai 2026, SDCA dengan kerjasama Majlis Perbandaran Kota Samarahan akan menganjurkan pertandingan Kumang Keling di tapak Festival Makanan dan Budaya Samarahan.

Turut hadir, Penasihat Persatuan, Prof. Datu Dr Neilson Ilan Mersat, Presiden Bridgette Astra Donald, Setiausaha Rofina Linga serta beberapa ahli jawatankuasa lain.

Continue Reading

Previous: Polis Sarawak lancar Op Selamat 2026 sempena Aidilfitri
Next: Projek MARRIS dipantau, jalan di kawasan DUN Meradong diberi perhatian

Arkib

  • TERMA & SYARAT
  • PENAFIAN
  • HUBUNGI KAMI
Utusan Sarawak By Warta Niaga Sdn.Bhd | MoreNews by AF themes.