Skip to content

UTUSAN SARAWAK

SUMBER MAKLUMAT ERA BAHARU

Primary Menu
  • LAMAN UTAMA
  • IKLAN
  • SEMASA
  • WILAYAH
    • Selatan
    • Tengah
    • Utara
  • TEMPATAN
  • NASIONAL
  • INSPIRASI
  • KESIHATAN
  • ADVERTORIAL
  • RENCANA
  • TEKNOLOGI
  • PENDIDIKAN
  • BISNES
  • MAHKAMAH
  • JENAYAH
  • KEMALANGAN
  • KEBAKARAN
  • KOLUM
  • GLOBAL
  • SUKAN
  • WBS
  • Home
  • MAHKAMAH
  • Jual rokok bawah harga minimum, peniaga di Sibu didenda RM2,000
  • MAHKAMAH

Jual rokok bawah harga minimum, peniaga di Sibu didenda RM2,000

Utusan Sarawak 8 hours ago

SIBU: Seorang lelaki pemilik kedai runcit telah dijatuhkan hukuman denda sebanyak RM2,000 oleh Mahkamah Majistret Sibu semalam selepas mengaku bersalah atas pertuduhan menjual pelbagai jenama produk tembakau di bawah harga minimum yang ditetapkan oleh kerajaan.

Tertuduh yang tidak diwakili peguam telah menjelaskan bayaran denda tersebut bagi mengelakkan hukuman penjara selama satu bulan.

Pertuduhan telah dibacakan di hadapan Majistret Oon Kork Chen di bawah Seksyen 14(1) Akta Kawalan Produk Merokok Demi Kesihatan Awam 2024 yang dibaca bersama Peraturan 9(1)(a) Peraturan-Peraturan Kawalan Produk Merokok Demi Kesihatan Awam (Kawalan Penjualan) 2024.

 Mengikut fakta kes, kesalahan tersebut dikesan melalui satu serbuan oleh pasukan penguatkuasa dari Pejabat Kesihatan Bahagian Sibu hasil daripada risikan positif terhadap premis berkenaan.

Dalam operasi tersebut, sebanyak sembilan paket rokok pelbagai jenama telah disita dan dirampas kerana dijual di bawah harga minimum RM12 sepaket. Kes ini telah disiasat oleh Pegawai Penyiasat PPKP Jesper Ronaldo Lucas dari Pejabat Kesihatan Bahagian Sibu.

Pendakwaan dikendalikan oleh Pegawai Pendakwa dari Unit Inspektorat dan Perundangan Pejabat Kesihatan Bahagian Sibu serta Pasukan Teras Pendakwaan Sarawak, Jabatan Kesihatan Negeri Sarawak yang terdiri daripada Maswel Lenard Thomas, Khoo Ai Yuan, dan Andy Yet Yew Huat.

Pihak pendakwaan memohon hukuman yang setimpal dengan menekankan faktor pemberatan bahawa kesalahan ini adalah serius dan melibatkan kepentingan awam.

Hujahan pendakwaan menyatakan bahawa kawalan harga dan amaran kesihatan pada bungkusan merupakan mekanisme kritikal untuk melindungi masyarakat, terutamanya golongan muda, daripada risiko merokok.

Hukuman yang dikenakan ini bertujuan untuk memberi pengajaran khusus kepada tertuduh agar tidak mengulangi perbuatan tersebut, di samping menjadi amaran umum kepada peniaga lain supaya tidak mengabaikan undang-undang kesihatan demi mengejar keuntungan perniagaan semata-mata.

Oleh Akun Giman

Continue Reading

Previous: Pamer produk tembakau, pemilik kedai runcit didenda RM2,000 di Sibu
Next: Lelaki mengaku tidak bersalah memandu melulu rempuh enam kenderaan

Arkib

  • TERMA & SYARAT
  • PENAFIAN
  • HUBUNGI KAMI
Utusan Sarawak By Warta Niaga Sdn.Bhd | MoreNews by AF themes.