Skip to content

UTUSAN SARAWAK

SUMBER MAKLUMAT ERA BAHARU

Primary Menu
  • LAMAN UTAMA
  • IKLAN
  • SEMASA
  • WILAYAH
    • Selatan
    • Tengah
    • Utara
  • TEMPATAN
  • NASIONAL
  • INSPIRASI
  • KESIHATAN
  • ADVERTORIAL
  • RENCANA
  • TEKNOLOGI
  • PENDIDIKAN
  • BISNES
  • MAHKAMAH
  • JENAYAH
  • KEMALANGAN
  • KEBAKARAN
  • KOLUM
  • GLOBAL
  • SUKAN
  • WBS
  • Home
  • SEMASA
  • Unimas umum pelantikan semula Abang Johari sebagai Pro Canselor
  • SEMASA

Unimas umum pelantikan semula Abang Johari sebagai Pro Canselor

Utusan Sarawak 2 days ago
DATUK Patinggi Tan Sri Abang Johari Tun Openg (tengah) menerima watikah pelantikan semula sebagai Pro Canselor Unimas dalam kunjungan hormat pengurusan tertinggi universiti itu di Kompleks Satria Pertiwi, Petra Jaya. Foto Japen

PETRA JAYA: Premier Sarawak, Datuk Patinggi Tan Sri Abang Johari Tun Openg, dilantik semula sebagai Pro Canselor Universiti Malaysia Sarawak (Unimas) bagi tempoh tiga tahun berkuat kuasa 15 Mac 2026 hingga 14 Mac 2029.

Watikah pelantikan itu disampaikan dalam satu kunjungan hormat oleh pengurusan tertinggi Unimas yang diketuai Pengerusi Lembaga Pengarahnya, Tan Sri Datuk Seri Panglima Sulong Matjeraie bersama Naib Canselor Unimas, Profesor Dr Ahmad Hata Rasit di Kompleks Satria Pertiwi, di sini.

Pelantikan semula itu merupakan kali keempat Datuk Patinggi Tan Sri Abang Johari Tun Openg memegang jawatan berkenaan sejak pertama kali dilantik pada 15 Mac 2017.

Dalam pertemuan itu, kedua-dua pihak turut membincangkan pelbagai inisiatif berkaitan pendidikan dan latihan, termasuk pengambilan pelajar, penglibatan pakar industri dalam latihan profesional, serta perkembangan dan pencapaian semasa universiti dalam bidang akademik, penyelidikan dan pembanguna

Dalam perkembangan berkaitan, pihak pengurusan Unimas turut memaklumkan mengenai penubuhan Fakulti Undang-Undang yang baharu sekali gus menjadikannya fakulti ke-11 di universiti tersebut.

Pengambilan pertama pelajar bagi fakulti berkenaan dijadualkan bermula September ini dengan sasaran seramai 30 pelajar.

Turut hadir ialah Timbalan Naib Canselor Hal Ehwal Pelajar dan Alumni, Profesor Ir. Ts. Dr Al-Khalid Othman; Timbalan Naib Canselor Akademik dan Antarabangsa, Profesor Dr Fitri Suraya Mohamad Hapni Joblie; Pendaftar, Azlan Ramli; serta Dekan Fakulti Undang-Undang, Johan Shamsudin Sabaruddin.- JAPEN

Continue Reading

Previous: Eksklusif: Beli baju raya bersama keluarga, kemeriahan Syawal mula terasa
Next: Program rintis KAFA dalam proses penambahbaikan, penilaian

Arkib

  • TERMA & SYARAT
  • PENAFIAN
  • HUBUNGI KAMI
Utusan Sarawak By Warta Niaga Sdn.Bhd | MoreNews by AF themes.