Skip to content

UTUSAN SARAWAK

SUMBER MAKLUMAT ERA BAHARU

Primary Menu
  • LAMAN UTAMA
  • IKLAN
  • SEMASA
  • WILAYAH
    • Selatan
    • Tengah
    • Utara
  • TEMPATAN
  • NASIONAL
  • INSPIRASI
  • KESIHATAN
  • ADVERTORIAL
  • RENCANA
  • TEKNOLOGI
  • PENDIDIKAN
  • BISNES
  • MAHKAMAH
  • JENAYAH
  • KEMALANGAN
  • KEBAKARAN
  • KOLUM
  • GLOBAL
  • SUKAN
  • WBS
  • Home
  • STAIL
  • Pusat Digital Komuniti galak generasi kuasai ilmu digital
  • STAIL

Pusat Digital Komuniti galak generasi kuasai ilmu digital

Utusan Sarawak 5 years ago
BERSAMA RAKYAT… Dr Annuar meluangkan masa beramah mesra dengan penduduk setempat sambil menyaksikan siaran langsung Perasmian International Digital Economy Conference Sarawak (IDECS) 2020 di Borneo Convention Centre Kuching (BCCK).

PENUBUHAN Pusat Digital Komuniti (PDK) di Dewan Serbaguna Kampung Bahagia Jaya Teku merupakan antara inisiatif Kerajaan Sarawak dalam usaha menggalakkan lebih generasi muda terutamanya pelajar menguasai kemahiran digital.

Pada majlis perasmian PDK tersebut, Menteri Muda Pendidikan, Sains dan Penyelidikan Teknologi, Dr Annuar Rapa ‘ee mengumumkan peruntukan RM10,000 untuk menubuhkan Kelab PDK Kampung Bahagia Jaya Teku.

Penubuhan Kelab PDK tersebut bagi menarik lebih ramai pengguna terutamanya golongan muda dan pelajar memanfaatkan kemudahan tersebut.

Setiap ahli Kelab PDK akan mendapat kad keahlian berserta QR code untuk kehadiran mereka dan manfaat lain.

Dr Annuar berkata, penubuhan PDK di Kampung Bahagia Jaya Teku adalah selaras dengan keperluan pembangunan ekonomi digital yang kini sedang rancak dilaksanakan oleh Kerajaan Sarawak.

“Golongan muda dengan tanpa mengira mereka yang berada di pesisir bandar mahupun luar bandar harus menguasai kemahiran digital.

“Dengan adanya kemahiran ini, anak-anak kita akan mendapat akses tanpa sempadan sekaligus akan memajukan mereka. Jika anda tidak menguasainya, mereka akan ketinggalan,” jelasnya.

Dr Annuar yang juga Ahli Dewan Undangan Negeri (ADUN) Nangka menyeru golongan muda di kawasan terbabit supaya memanfaatkan PDK tersebut sebagai platform untuk memajukan diri dan berinovasi.

“Penubuhan PDK ini menelan kos yang mahal, justeru itu saya mahu semua golongan muda dan pelajar memanfaatkannya.

“Saya tidak mahu hanya seorang dua sahaja yang datang. Anak -anak semua harus memanfaatkannya dengan sebaiknya,” ujarnya.

Katanya, golongan muda harus bersyukur dengan inisiatif Kerajaan Sarawak menyediakan kemudahan pusat digital tersebut.

“Sekiranya anak kita tidak pandai memakai tekonologi digital untuk menghasilkan pulangan yang lebih baik, kita akan rugi,” ujarnya lagi.

Majlis perasmian PDK Kampung Bahagia Jaya Teku berlangsung serentak dengan Perasmian International Digital Economy Conference Sarawak (IDECS) 2020 di Borneo Convention Centre Kuching (BCCK).

Upacara perasmian IDECS yang berlangsung di BCCK disempurnakan oleh Ketua Menteri, Datuk Patinggi Abang Johari Tun Openg.

Oleh Akun Giman

Continue Reading

Previous: Avocado tumbuh subur di Tanjung Manis
Next: Sampah jadi produk kreatif, inovatif

Arkib

  • TERMA & SYARAT
  • PENAFIAN
  • HUBUNGI KAMI
Utusan Sarawak By Warta Niaga Sdn.Bhd | MoreNews by AF themes.