Skip to content

UTUSAN SARAWAK

SUMBER MAKLUMAT ERA BAHARU

Primary Menu
  • LAMAN UTAMA
  • IKLAN
  • SEMASA
  • WILAYAH
    • Selatan
    • Tengah
    • Utara
  • TEMPATAN
  • NASIONAL
  • INSPIRASI
  • KESIHATAN
  • ADVERTORIAL
  • RENCANA
  • TEKNOLOGI
  • PENDIDIKAN
  • BISNES
  • MAHKAMAH
  • JENAYAH
  • KEMALANGAN
  • KEBAKARAN
  • KOLUM
  • GLOBAL
  • SUKAN
  • WBS
  • Home
  • JENAYAH
  • Lelaki ditahan di Bau selepas ujian air kencing positif dadah
  • JENAYAH

Lelaki ditahan di Bau selepas ujian air kencing positif dadah

Utusan Sarawak 9 hours ago
Suspek ditangkap.

BAU: Seorang lelaki berusia 32 tahun ditahan selepas didapati positif dadah dalam satu operasi yang dijalankan oleh Bahagian Siasatan Jenayah Narkotik, Ibu Pejabat Polis Daerah Bau.

Ketua Polis Daerah Bau, Mohd Haide A Rahman, berkata saringan awal air kencing terhadap suspek dilakukan di pejabat bahagian berkenaan sekitar 12.30 tengah hari, 17 Mac lalu dalam operasi Op Tapis.

“Keputusan ujian mendapati suspek positif dadah jenis amphetamine dan methamphetamine. Suspek kemudiannya ditahan di bawah Seksyen 15(1)(a) Akta Dadah Berbahaya 1952,” katanya.

Suspek yang bekerja sebagai buruh kontrak itu turut mempunyai rekod lampau di bawah seksyen sama.

Kini, suspek ditahan di lokap Balai Polis Bau untuk siasatan lanjut.

Tiada rampasan dadah atau barangan lain dibuat dalam operasi tersebut. Hasil soal siasat awal mendapati suspek mengaku kali terakhir mengambil syabu sehari sebelum ditahan.

Oleh Connie Chieng

Tags: Jenayah

Continue Reading

Previous: Lelaki positif dadah ditahan di Mukah
Next: Lelaki ditahan kes curi motosikal di Bintulu

Arkib

  • TERMA & SYARAT
  • PENAFIAN
  • HUBUNGI KAMI
Utusan Sarawak By Warta Niaga Sdn.Bhd | MoreNews by AF themes.