Skip to content

UTUSAN SARAWAK

SUMBER MAKLUMAT ERA BAHARU

Primary Menu
  • LAMAN UTAMA
  • IKLAN
  • SEMASA
  • WILAYAH
    • Selatan
    • Tengah
    • Utara
  • TEMPATAN
  • NASIONAL
  • INSPIRASI
  • KESIHATAN
  • ADVERTORIAL
  • RENCANA
  • TEKNOLOGI
  • PENDIDIKAN
  • BISNES
  • MAHKAMAH
  • JENAYAH
  • KEMALANGAN
  • KEBAKARAN
  • KOLUM
  • GLOBAL
  • SUKAN
  • WBS
  • Home
  • HIBURAN
  • Sarawak kekal anjur festival utama negeri berskala besar
  • HIBURAN

Sarawak kekal anjur festival utama negeri berskala besar

Utusan Sarawak 19 hours ago
MENTERI Pelancongan, Industri Kreatif dan Seni Persembahan, Dato Sri Abdul Karim Rahman Hamzah (tengah) bercakap pada sidang media selepas pelancaran persembahan Great British Circus, di bangunan Baitulmakmur II, hari ini. Foto Adele Rissa 

PETRA JAYA: Kerajaan Sarawak menegaskan acara utama negeri, termasuk festival hiburan, makanan dan kebudayaan, akan terus dianjurkan secara berskala penuh walaupun terdapat saranan berjimat cermat.

Menteri Pelancongan, Industri Kreatif dan Seni Persembahan, Dato Sri Abdul Karim Rahman Hamzah berkata, penganjuran acara itu bertujuan memberi pengalaman terbaik kepada orang ramai serta mempromosikan warisan dan produk tempatan.

“Apabila kita menganjurkan sesuatu acara, ia mesti dilaksanakan secara bersungguh-sungguh kerana tujuannya adalah untuk orang ramai. 

“Kita mahu mereka menikmati pengalaman sepenuhnya, bukan sekadar separuh jalan. Justeru, ia tidak wajar dilaksanakan secara ala kadar,” katanya. 

Beliau berkata demikian selepas sidang media pelancaran persembahan Great British Circus, di bangunan Baitulmakmur II, hari ini.

“Festival makanan dan kebudayaan memberi peluang kepada orang ramai mencuba hidangan tempatan serta mengenali budaya negeri, manakala acara muzik pula menampilkan persembahan terbaik daripada para artis,” jelasnya lanjut. 

Abdul Karim menegaskan pendekatan berjimat cermat yang disarankan di peringkat Persekutuan tidak semestinya terpakai kepada Sarawak kerana kerajaan negeri mempunyai kaedah tersendiri dalam mengurus penganjuran program.

Katanya, konsep kesederhanaan lebih sesuai diterapkan dalam majlis rasmi seperti rumah terbuka, termasuk mengurangkan jumlah hidangan tanpa menjejaskan tujuan sambutan. 

Kerajaan negeri dan agensi di bawahnya akan terus menilai pendekatan terbaik bagi memastikan penganjuran acara memberi impak maksimum kepada rakyat serta sektor pelancongan negeri.

Oleh Adele Rissa

Tags: Hiburan

Continue Reading

Previous: The Great British Circus bakal gegarkan Kuching
Next: One Battle After Another menang Oscar Filem Terbaik

Arkib

  • TERMA & SYARAT
  • PENAFIAN
  • HUBUNGI KAMI
Utusan Sarawak By Warta Niaga Sdn.Bhd | MoreNews by AF themes.