Skip to content

UTUSAN SARAWAK

SUMBER MAKLUMAT ERA BAHARU

Primary Menu
  • LAMAN UTAMA
  • IKLAN
  • SEMASA
  • WILAYAH
    • Selatan
    • Tengah
    • Utara
  • TEMPATAN
  • NASIONAL
  • INSPIRASI
  • KESIHATAN
  • ADVERTORIAL
  • RENCANA
  • TEKNOLOGI
  • PENDIDIKAN
  • BISNES
  • MAHKAMAH
  • JENAYAH
  • KEMALANGAN
  • KEBAKARAN
  • KOLUM
  • GLOBAL
  • SUKAN
  • WBS
  • Home
  • SEMASA
  • Kerajaan, Tabung Haji adakan perbincangan teliti kos penerbangan haji
  • SEMASA

Kerajaan, Tabung Haji adakan perbincangan teliti kos penerbangan haji

Utusan Sarawak 6 hours ago
MENTERI di Jabatan Perdana Menteri (Hal Ehwal Agama), Dr Zulkifli Hasan mengadakan sidang media selepas Program Rahmah Madani Ramadan MAIWP Shopping Pakaian dan Keperluan Raya Asnaf di sebuah pasar raya hari ini. – Bernama

KUALA LUMPUR: Kerajaan akan mengadakan perbincangan dengan pihak pengurusan Lembaga Tabung Haji (TH) hari ini bagi meneliti isu kenaikan kos penerbangan serta keselamatan jemaah haji Malaysia tahun ini susulan konflik di Asia Barat.

Menteri di Jabatan Perdana Menteri (Hal Ehwal Agama), Dr Zulkifli Hasan berkata, perbincangan itu turut melibatkan jawatankuasa khas yang ditubuhkan lebih awal oleh TH bagi menilai keseluruhan implikasi termasuk aspek kos, harga dan keselamatan.

“Semalam saya sudah kongsikan, Tabung Haji sejak awal lagi sudah menubuhkan jawatankuasa khas untuk melihat perkara ini. Hari ini saya akan ada perbincangan dengan mereka, insya-Allah Tabung Haji sudah pun ada perkiraan. Kita akan bagi yang sebaiknya kepada jemaah haji kita,” katanya.

Beliau berkata demikian selepas melancarkan program Rahmah MADANI Ramadan Majlis Agama Islam Wilayah Persekutuan (MAIWP): Shopping Pakaian Dan Keperluan Raya Tahun 2026m/1447h di sini, hari ini.

Dalam masa sama, beliau berkata perkara berkenaan juga akan dibawa untuk dibincangkan di peringkat jawatankuasa khas Kabinet bagi memastikan keputusan terbaik dapat dicapai demi kepentingan dan kebajikan jemaah haji Malaysia.

Mengenai kuota haji, Zulkifli berkata setakat ini kuota jemaah haji Malaysia kekal seperti yang ditetapkan oleh Kerajaan Malaysia dan Kerajaan Arab Saudi.

“Justeru, orang ramai dinasihatkan untuk merujuk dengan pihak kami atau pihak Tabung Haji dan kita akan maklumkan perkembangannya dari semasa ke semasa,” katanya.

Sabtu lalu, Timbalan Perdana Menteri Datuk Seri Fadillah Yusof dilaporkan berkata TH sedang berunding dengan syarikat penerbangan bagi memastikan kos tiket jemaah haji Malaysia tidak terjejas susulan ketidaktentuan harga bahan api global akibat ketegangan geopolitik di Asia Barat. – Bernama

Tags: SEMASA

Continue Reading

Previous: Program Jualan Rahmah MADANI terus jadi pilihan sempena Aidilfitri
Next: Gunung Merapi muntah dua aliran piroklastik, bergerak hingga 1.6 km barat daya

Arkib

  • TERMA & SYARAT
  • PENAFIAN
  • HUBUNGI KAMI
Utusan Sarawak By Warta Niaga Sdn.Bhd | MoreNews by AF themes.