
MATU: Dua kanak-kanak maut manakala seorang lelaki dewasa cedera dalam satu kemalangan jalan raya yang berlaku di Jalan Bruan di sini, hari ini.
Angkatan Pertahanan Awam (APM) Daerah Matu dalam kenyataan Facebook memaklumkan pihaknya menerima panggilan kecemasan berhubung kejadian itu pada kira-kira 1.13 tengah hari melalui Pusat Kawalan Operasi Daerah (PKOD).
“Setibanya anggota di lokasi, didapati sebuah kereta terlibat dalam kemalangan yang melibatkan seorang mangsa dewasa dan dua orang kanak-kanak.
“Mangsa dewasa mengalami kecederaan di bahagian kepala dan muka, manakala dua kanak-kanak disahkan meninggal dunia di tempat kejadian oleh pihak Kementerian Kesihatan (KKM),” menurut kenyataan itu.

Mangsa dewasa yang cedera kemudiannya dihantar ke Hospital Daro untuk menerima rawatan lanjut.
Oleh Tarani Lanting