Lelaki hilang selepas perahu terbalik di Sungai Batang Rajang

Facebook
WhatsApp
USAHA mencari dan menyelamat (SAR) mangsa yang hilang sedang giat dijalankan oleh pasukan bomba di Sungai Batang Rajang, Kapit. Foto JBPM Sarawak

KAPIT: Seorang lelaki dilaporkan hilang selepas perahu kayu yang dinaikinya bersama empat rakan terbalik dan karam di Sungai Batang Rajang berhampiran Kapit semalam.

Jurucakap Pusat Gerakan Operasi (PGO) Bomba Sarawak berkata, pihaknya menerima panggilan kecemasan berhubung kejadian itu pada 3.59 petang hari ini sebelum sepasukan anggota dari Balai Bomba dan Penyelamat (BBP) Kapit digerakkan ke lokasi bagi menjalankan operasi mencari dan menyelamat (SAR).

Menurutnya, kejadian berlaku kira-kira 7.00 malam ketika lima lelaki menaiki perahu kayu dalam perjalanan dari Rumah Bunsi, Kampung Atas Kubu, Jalan Sri Baleh menuju ke tempat parkir kapal tongkang berhampiran Night Street Market Kapit.

“Perahu tersebut dipercayai terbalik dan karam selepas dipukul ombak kuat ketika melalui Sungai Batang Rajang.

“Empat daripada mereka berjaya menyelamatkan diri, namun seorang lelaki dikenali sebagai Brando Jawi Mamba, 25, masih belum ditemui,” katanya dalam satu kenyataan.

USAHA mencari dan menyelamat (SAR) mangsa yang hilang sedang giat dijalankan oleh pasukan bomba di Sungai Batang Rajang, Kapit. Foto JBPM Sarawak

Mangsa yang berasal dari Rumah Kawin Nanga Peraran, Sungai Katibas, Song dilaporkan hilang selepas kejadian walaupun usaha mencari telah dilakukan oleh rakan-rakannya.

Jurucakap itu berkata, pasukan SAR kini dalam perjalanan ke lokasi melalui laluan sungai bagi memulakan operasi pencarian hari pertama.

Operasi SAR sedang giat dijalankan dan perkembangan lanjut akan dimaklumkan dari semasa ke semasa.

Oleh Tarani Lanting

Memahami 22 Julai 1963

MINGGU lalu, Sarawak telah meraikan satu peristiwa yang penuh bersejarah, iaitu Hari Sarawak. Sambutan Hari Sarawak menjadi lebih bermakna dengan

MimiFly ke Indonesia demi Bayan

KUALA LUMPUR: Demi menghidupkan watak Bayan dalam pementasan Puteri Gunung Ledang The Musical (PGLTM), penyanyi MimiFly sanggup ke Indonesia bagi