Skip to content

UTUSAN SARAWAK

SUMBER MAKLUMAT ERA BAHARU

Primary Menu
  • LAMAN UTAMA
  • IKLAN
  • SEMASA
  • WILAYAH
    • Selatan
    • Tengah
    • Utara
  • TEMPATAN
  • NASIONAL
  • INSPIRASI
  • KESIHATAN
  • ADVERTORIAL
  • RENCANA
  • TEKNOLOGI
  • PENDIDIKAN
  • BISNES
  • MAHKAMAH
  • JENAYAH
  • KEMALANGAN
  • KEBAKARAN
  • KOLUM
  • GLOBAL
  • SUKAN
  • WBS
  • Home
  • SEMASA
  • Sarawak sasar jadi pintu masuk pelancongan perubatan di Borneo
  • SEMASA

Sarawak sasar jadi pintu masuk pelancongan perubatan di Borneo

Utusan Sarawak 7 hours ago
SIMBOLIK… Menteri Pelancongan, Industri Kreatif dan Seni Persembahan, Dato Sri Abdul Karim Rahman Hamzah melakukan simbolik pelancaran awal Borneo Global MediTourism Congress & Expo (BGMT) 2026, hari ini. Foto Norman B

PETRA JAYA: Sarawak menyasarkan untuk muncul sebagai pintu masuk utama pelancongan perubatan di Borneo menerusi penganjuran Borneo Global MediTourism Congress & Expo (BGMT) 2026, platform antarabangsa yang menggabungkan sektor kesihatan dan pelancongan di rantau ini.

Acara tersebut dilancarkan hari ini sebagai langkah memperkukuh kedudukan Borneo dalam industri pelancongan perubatan yang dijangka terus berkembang di pasaran Borneo, Kawasan Pertumbuhan ASEAN Timur-Brunei Darussalam-Indonesia-Malaysia-Filipina (BIMP-EAGA) dan Asia.

BGMT 2026 dijadual berlangsung pada 12 hingga 13 Oktober depan di Pusat Konvensyen Borneo Kuching dan dianjurkan bersama oleh Persekutuan Pelancongan Sarawak serta Orbitel Systems Sdn Bhd.

Program berkenaan turut dianjurkan dengan kerjasama Sarawak Tourism Board serta Malaysia Healthcare Travel Council dan dijangka menjadi platform serantau utama bagi memperkukuh ekosistem penjagaan kesihatan serta memperluas pasaran baharu dalam pelancongan perubatan.

AMANAT… Menteri Pelancongan, Industri Kreatif dan Seni Persembahan, Dato Sri Abdul Karim Rahman Hamzah berucap pada pelancaran awal Borneo Global MediTourism Congress & Expo (BGMT) 2026, hari ini. Foto Norman B

Majlis pelancaran yang berlangsung di BCCK itu telah disempurnakan oleh Menteri Pelancongan, Industri Kreatif dan Seni Persembahan, Dato Sri Abdul Karim Rahman Hamzah.

Beliau menegaskan bahawa pelancongan perubatan merupakan segmen pertumbuhan penting yang menghubungkan sektor kesihatan, pelancongan, pelaburan serta pembangunan bakat di rantau ini.

Menurutnya, Sarawak mempunyai potensi besar untuk muncul sebagai destinasi pelancongan perubatan yang dipercayai di Borneo, selari dengan peningkatan keupayaan perkhidmatan kesihatan, rangkaian hubungan serantau serta kerjasama kukuh antara pemain industri.

UCAPAN… Timbalan Menteri Kesihatan Awam, Perumahan dan Kerajaan Tempatan, Datuk Michael Tiang Ming Tee berucap pada pelancaran awal Borneo Global MediTourism Congress & Expo (BGMT) 2026, hari ini. Foto Norman B

Turut berucap pada majlis tersebut ialah Timbalan Menteri Kesihatan Awam, Perumahan dan Kerajaan Tempatan, Datuk Michael Tiang Ming Tee, yang menekankan usaha berterusan kerajaan negeri dalam memperkukuh kapasiti sistem kesihatan.

Beliau berkata Sarawak sedang giat meningkatkan ekosistem penjagaan kesihatan melalui pembangunan hospital baharu, penambahan perkhidmatan pakar serta peningkatan jumlah doktor dan profesional perubatan terlatih bagi memenuhi keperluan pesakit tempatan dan antarabangsa.

BGMT 2026 bakal berlangsung selama dua hari merangkumi kongres, pameran serta majlis makan malam gala bagi menghargai penggiat industri yang menyumbang kepada pembangunan sektor tersebut.

Acara itu dijangka menampilkan lebih 100 syarikat, 400 delegasi perdagangan serta kira-kira 3,000 pengunjung, selain menghimpunkan profesional kesihatan, hospital, syarikat insurans, fasilitator pelancongan perubatan, pelabur dan pembuat dasar dari seluruh ASEAN serta pasaran antarabangsa.

Oleh Norman B

Tags: SEMASA

Continue Reading

Previous: Kerajaan kekalkan subsidi RON95 RM1.99 seliter, naikkan bantuan BUDI diesel kepada RM300 sebulan
Next: Tun Wan Junaidi terima kunjungan Peguam Besar Sarawak

Arkib

  • TERMA & SYARAT
  • PENAFIAN
  • HUBUNGI KAMI
Utusan Sarawak By Warta Niaga Sdn.Bhd | MoreNews by AF themes.