Skip to content

UTUSAN SARAWAK

SUMBER MAKLUMAT ERA BAHARU

Primary Menu
  • LAMAN UTAMA
  • IKLAN
  • SEMASA
  • WILAYAH
    • Selatan
    • Tengah
    • Utara
  • TEMPATAN
  • NASIONAL
  • INSPIRASI
  • KESIHATAN
  • ADVERTORIAL
  • RENCANA
  • TEKNOLOGI
  • PENDIDIKAN
  • BISNES
  • MAHKAMAH
  • JENAYAH
  • KEMALANGAN
  • KEBAKARAN
  • KOLUM
  • GLOBAL
  • SUKAN
  • WBS
  • Home
  • NASIONAL
  • AADK buka sesi lawatan keluarga klien Puspen sempena Aidilfitri
  • NASIONAL

AADK buka sesi lawatan keluarga klien Puspen sempena Aidilfitri

Utusan Sarawak 7 hours ago

PUTRAJAYA: Agensi Antidadah Kebangsaan (AADK) akan membuka sesi lawatan khas bagi keluarga dan penjaga klien yang sedang mengikuti Program Rawatan dan Pemulihan Dalam Institusi di semua Pusat Pemulihan Penagihan Narkotik (Puspen) seluruh negara sempena Aidilfitri.

Ketua Pengarahnya Datuk Ruslin Jusoh berkata sesi lawatan itu akan dibuka dari 30 Mac hingga 3 April, kecuali bagi Puspen di Kelantan, Terengganu dan Kedah, yang akan dimulakan sehari lebih awal, iaitu dari 29 Mac hingga 2 April.

Beliau berkata inisiatif itu bertujuan memperkukuh ikatan kekeluargaan di samping memberikan sokongan moral yang diperlukan kepada klien AADK.

“Lawatan khas ini juga memberikan ruang dan peluang kepada keluarga atau penjaga untuk bertemu mesra dengan klien, selain menjadi pendekatan terapeutik dalam menyokong proses kepulihan mereka,” katanya dalam kenyataan hari ini.

Sehubungan dengan itu, Ruslin berkata keluarga atau penjaga yang ingin menyertai sesi lawatan khas berkenaan diminta menghubungi Pegawai Pemulihan di Puspen masing-masing menerusi panggilan telefon, mesej pesanan ringkas (SMS), pesanan aplikasi WhatsApp, surat atau e-mel.

“Orang ramai juga boleh menghubungi Puspen berkaitan untuk mendapatkan maklumat lanjut mengenai sesi lawatan khas ini atau menghubungi Hotline AADK menerusi talian 1-800-22-2235 atau 019-626 2233 (WhatsApp) bagi mendapatkan khidmat nasihat atau membuat aduan berkaitan permasalahan dadah,” katanya.- Bernama

Continue Reading

Previous: Konflik Asia Barat dorong KPDN perketat penguatkuasaan subsidi RON95
Next: Kenaikan harga minyak mentah akan hasilkan kesan bercampur-campur – Petronas

Arkib

  • TERMA & SYARAT
  • PENAFIAN
  • HUBUNGI KAMI
Utusan Sarawak By Warta Niaga Sdn.Bhd | MoreNews by AF themes.