
SIBU: Tiga kenderaan mengalami kerosakan selepas terlibat dalam kemalangan di Jalan Wong King Huo, petang semalam.
Pemangku Ketua Polis Daerah Sibu, Superintendan Boniface Bajai berkata, Bahagian Siasatan dan Penguatkuasaan Trafik Ibu Pejabat Polis Daerah (IPD) Sibu menerima laporan berhubung kejadian itu kira-kira 3.49 petang semalam.
“Akibat kemalangan tersebut, pemandu Toyota Hilux mengalami kecederaan ringan pada bahagian kaki dan tangan, manakala kedua-dua pemandu kenderaan lain tidak mengalami sebarang kecederaan,” ujarnya.
Katanya, kemalangan itu turut menyebabkan kerosakan pada bahagian tepi kenderaan Toyota Vios dan Proton Saga, manakala Toyota Hilux mengalami kerosakan teruk pada bahagian atas kenderaan.
“Susulan kejadian tersebut, satu kertas siasatan telah dibuka dan kes disiasat di bawah Kaedah 10 LN 166/56 Kaedah-Kaedah Lalu Lintas 1959,” tegasnya.
Oleh Akun Giman