
KUALA LUMPUR: Kadar jangka pendek dijangka kekal stabil hari ini, disokong oleh operasi Bank Negara Malaysia (BNM) bagi menyerap lebihan mudah tunai dalam sistem kewangan.
Mudah tunai dalam sistem perbankan dianggarkan berjumlah RM44.65 bilion dalam pasaran konvensional dan RM15.08 bilion dalam dana Islam.
Hari ini, BNM akan melaksanakan tiga tender repo berbalik, terdiri daripada tender RM1 bilion bagi tempoh tujuh hari, RM500 juta bagi tempoh 32 hari dan RM300 juta bagi tempoh 92 hari.
Ia juga akan menawarkan tender repo berbalik Islam (SBBA) bernilai RM500 juta bagi tempoh tujuh hari.
Bank pusat turut mengumumkan ketersediaan kemudahan repo berbalik, perjanjian jual dan beli semula serta kemudahan murabahah komoditi bercagar bagi tempoh satu minggu, satu bulan dan tiga bulan.
Pada 4.00 petang, BNM akan melaksanakan tender semalaman konvensional sehingga RM46.5 bilion serta tender semalaman murabahah sehingga RM15.6 bilion. – Bernama