Lelaki bersenjata cuba bunuh bekas ketua Menteri Kashmir Farooq Abdullah

Facebook
WhatsApp

NEW DELHI: Seorang lelaki bersenjata cuba membunuh bekas ketua menteri Jammu dan Kashmir yang ditadbir India, Farooq Abdullah pada Rabu malam.

Cubaan membunuh ahli politik Kashmir berusia 88 tahun itu berlaku ketika beliau menghadiri majlis perkahwinan di bandar Jammu.

“Ayah saya nyaris menjadi mangsa serangan itu. Butirannya masih tidak jelas ketika ini, namun apa yang diketahui ialah seorang lelaki bersenjatakan pistol berjaya menghampiri dalam jarak sangat dekat dan melepaskan tembakan,” kata anaknya Omar Abdullah, yang kini merupakan ketua menteri wilayah itu dalam satu hantaran di platform X.

“Hanya pengawal peribadi yang berjaya menghalang tembakan itu daripada mengenai sasaran sekali gus menggagalkan cubaan pembunuhan itu,” katanya.

Penyerang yang merupakan penduduk tempatan berusia 65 tahun berjaya ditahan, menurut laporan media India.

Satu rakaman video menunjukkan beberapa individu menampar penyerang itu ketika dia dibawa keluar oleh pihak polis. – Bernama

BMW bakal kurangkan 8,000 pekerja

BRUSSELS: Pengeluar kenderaan Jerman, BMW, akan mengurangkan kira-kira 8,000 pekerja dan kebanyakannya di Jerman, sebagai sebahagian daripada program pengurangan kos