
MARUDI: Seorang warga emas berusia 70 tahun berdepan detik cemas apabila terkunci di dalam sebuah bilik sebelum memohon bantuan daripada Pusat Kawalan Operasi Daerah (PKOD) Marudi.
Sebaik menerima panggilan empat anggota Pertahanan Awam Marudi diketuai Pbt. (PA) Beatrice Kalang dari Skuad Bravo bergerak ke lokasi yang jaraknya lebih kurang 800 meter daripada PKOD.
Pegawai Pertahanan Awam Daerah Marudi, Lt. (PA) Mirwan Shah Masri memberitahu setibanya di lokasi Skuad Bravo berjumpa dengan pengadu untuk mendapatkan maklumat daripada pengadu dikenali Sani Ahmad.
Menurut pengadu kakaknya terkunci dalam bilik dan setelah mendengar penjelasan, anggota APM melakukan operasi dan berjaya membuka bilik berkenaan menggunakan peralatan khas.
Oleh Jiku Juguong