Skip to content

UTUSAN SARAWAK

SUMBER MAKLUMAT ERA BAHARU

Primary Menu
  • LAMAN UTAMA
  • IKLAN
  • SEMASA
  • WILAYAH
    • Selatan
    • Tengah
    • Utara
  • TEMPATAN
  • NASIONAL
  • INSPIRASI
  • KESIHATAN
  • ADVERTORIAL
  • RENCANA
  • TEKNOLOGI
  • PENDIDIKAN
  • BISNES
  • MAHKAMAH
  • JENAYAH
  • KEMALANGAN
  • KEBAKARAN
  • KOLUM
  • GLOBAL
  • SUKAN
  • WBS
  • Home
  • MAHKAMAH
  • Beri maklumat palsu kepada polis, lelaki didenda RM1,000
  • MAHKAMAH

Beri maklumat palsu kepada polis, lelaki didenda RM1,000

Utusan Sarawak 5 hours ago

SIBU: Seorang lelaki yang memberi maklumat palsu kepada pihak polis setelah gagal membayar pinjaman kepada bank, dijatuhi hukuman denda RM1,000 atau penjara sebulan oleh Mahkamah Majistret di sini, hari ini.

Tertuduh, Paul Lim, 46, dijatuhi hukuman itu setelah membuat pengakuan bersalah terhadap pertuduhan di hadapan Majistret Romario Jonoi.

Terdahulu, Lim didakwa memberi maklumat palsu kepada anggota polis pada 6 Mac 2026, sekitar 11.59 pagi bertempat di Balai Polis Sentral Sibu, dengan niat agar anggota polis menggunakan kuasanya bagi menganggu siasatan wakil dari sebuah bank.

Sehubungan itu, tertuduh telah melakukan kesalahan yang dihukum di bawah Seksyen 182 Kanun Keseksaan, yang memperuntukan hukuman penjara sehingga enam bulan atau denda sehingga RM2,000 atau kedua-duanya sekali jika sabit kesalahan.

Mengikut fakta kes, pada 6 Mac 2026, sekitar 1.00 petang, pengadu bersama seorang lagi anggota polis telah menemu bual serta merekodkan kenyataan daripada tertuduh.

Daripada kenyataan yang direkod daripada tertuduh, didapati tidak ada berlaku kejadian ragut sebagaimana yang dilaporkan oleh tertuduh dalam laporan polis yang dibuat olehnya terdahulu sebelum itu.

Tertuduh kemudian mengaku yang kad pengenalannya telah hilang sejak Disember 2025 ketika dia bercuti di Thailand.

Siasatan yang dijalankan juga mendapati dua kad bank yang dilaporkan hilang oleh tertuduh sebelum ini, juga telah dijumpai dan dirampas oleh pengadu bagi membantu siasatan.

Siasatan juga mendapati motif tertuduh memberi maklumat palsu memandangkan dia telah membuat pinjaman peribadi dengan sebuah bank serta menghadapi kesukaran bagi menjelaskan pinjaman tersebut.

Oleh itu, tertuduh telah membuat cerita mendakwa kad banknya telah diragut sebagai alasan yang dia tidak ada menggunakan kad tersebut untuk membuat pembayaran atau transaksi kewangan.

Pendakwaan kes dikendalikan oleh Timbalan Pendakwa Raya Haris Danial Mohamed Hassan sementara tertuduh tidak diwakili peguam.

Oleh Akun Giman

Continue Reading

Previous: Suami pelakon didakwa tipu jual tanah kurniaan, darjah kebesaran
Next: Saman fitnah: Rita Rudaini perlu fail pembelaan 6 April

Arkib

  • TERMA & SYARAT
  • PENAFIAN
  • HUBUNGI KAMI
Utusan Sarawak By Warta Niaga Sdn.Bhd | MoreNews by AF themes.