Skip to content

UTUSAN SARAWAK

SUMBER MAKLUMAT ERA BAHARU

Primary Menu
  • LAMAN UTAMA
  • IKLAN
  • SEMASA
  • WILAYAH
    • Selatan
    • Tengah
    • Utara
  • TEMPATAN
  • NASIONAL
  • INSPIRASI
  • KESIHATAN
  • ADVERTORIAL
  • RENCANA
  • TEKNOLOGI
  • PENDIDIKAN
  • BISNES
  • MAHKAMAH
  • JENAYAH
  • KEMALANGAN
  • KEBAKARAN
  • KOLUM
  • GLOBAL
  • SUKAN
  • WBS
  • Home
  • WILAYAH
  • 1,000 pek bubur kacang diagihkan kepada orang awam
  • Utara
  • WILAYAH

1,000 pek bubur kacang diagihkan kepada orang awam

Utusan Sarawak 6 hours ago
SALAM RAMADAN… Pengagihan bubur kacang dijayakan bersama Petronas Marudi, JBPM Marudi, IPD Marudi dan PERKEP. Foto Jiku Juguong

MARUDI: Sempena sambutan Ramadan, Syarikat Petronas Marudi dengan kerjasama Jabatan Bomba dan Penyelamat Malaysia Daerah Marudi, Ibu Pejabat Polis Daerah (IPD) Marudi dan Persatuan Keluarga Polis (PERKEP) Marudi mengagihkan 1,000 pek bubur kacang secara percuma kepada orang awam.

Menurut Pegawai Operasi Balai Bomba dan Penyelamat Marudi, PPK I Nasir Razali, program ini bertujuan mengeratkan hubungan antara JBPM dan masyarakat setempat, di samping meningkatkan kesedaran orang awam mengenai langkah pencegahan kebakaran, khususnya menjelang musim perayaan.

ERAT SETIA KAWAN… Bergambar kenangan selepas pengagihan bubur kacang. Foto Jiku Juguong

Selain pengagihan bubur kacang kepada orang awam, anggota bomba turut berkongsi penerangan ringkas berkaitan keselamatan di rumah, penggunaan peralatan elektrik dengan selamat dan memastikan persekitaran kediaman sentisa selamat sepanjang perayaan.

Bubur kacang tersebut diagihkan di perkarangan Stesen Minyak Petronas Marudi, dan pengagihan dilaksanakan menerusi program bertemakan ‘Seerat Persaudaraan yang Murni.’

EDAR RISALAH… PPK1 Nasir Haji Razali edar risalah keselamatan kepada orang awam. Foto Jiku Juguong

Selepas pengagihan selesai, JBPM Marudi turut mengadakan kempen keselamatan kebakaran sempena musim perayaan 2026.

Turut hadir Pengurus Stesyen Minyak Petronas, Lena Tiong, Ketua Polis Daerah (KPD) Marudi, DSP Nor Aizan Mohd Jamil, Pegawai Operasi Balai Bomba dan Penyelamat Marudi PPK1, Nasir Razali dan Ketua Bahagian Pencegahan Jenayah dan Keselamatan Komuniti Daerah IPD Marudi dan wakil PERKEP Inspektor Conny Siong.

Oleh Jiku Juguong

Tags: wilayah

Continue Reading

Previous: JKR laksana kerja pemulihan susulan tanah runtuh, laluan dijangka dibuka Sabtu ini
Next: Projek pembinaan MRI, mamogram jejaskan sementara trafik di Jabatan Kecemasan Hospital Bintulu

Arkib

  • TERMA & SYARAT
  • PENAFIAN
  • HUBUNGI KAMI
Utusan Sarawak By Warta Niaga Sdn.Bhd | MoreNews by AF themes.