Skip to content

UTUSAN SARAWAK

SUMBER MAKLUMAT ERA BAHARU

Primary Menu
  • LAMAN UTAMA
  • IKLAN
  • SEMASA
  • WILAYAH
    • Selatan
    • Tengah
    • Utara
  • TEMPATAN
  • NASIONAL
  • INSPIRASI
  • KESIHATAN
  • ADVERTORIAL
  • RENCANA
  • TEKNOLOGI
  • PENDIDIKAN
  • BISNES
  • MAHKAMAH
  • JENAYAH
  • KEMALANGAN
  • KEBAKARAN
  • KOLUM
  • GLOBAL
  • SUKAN
  • WBS
  • Home
  • TEMPATAN
  • SDEC, CENTEXS dan DBOS santuni institusi kebajikan sempena Ramadan
  • TEMPATAN

SDEC, CENTEXS dan DBOS santuni institusi kebajikan sempena Ramadan

Utusan Sarawak 15 hours ago
PREMIER Sarawak, Datuk Patinggi Tan Sri Abang Johari Tun Openg menghadiri Majlis Berbuka Puasa anjuran Perbadanan Ekonomi Digital Sarawak Berhad (SDEC) bersama Pusat Kecemerlangan Teknologi Sarawak (CENTEXS) dan Development Bank of Sarawak (DBOS), di Kuching, hari ini. Foto Norman B

KUCHING: Sempena Ramadan, Perbadanan Ekonomi Digital Sarawak Berhad (SDEC) bersama Pusat Kecemerlangan Teknologi Sarawak (CENTEXS) dan Development Bank of Sarawak (DBOS) menyampaikan sumbangan sebanyak RM10,000 setiap satu kepada Kompleks Kebajikan Laila Taib (PERYATIM) dan Rumah Kanak-Kanak Toh Puan Hajah Norkiah bagi membantu keperluan kebajikan serta operasi kedua-dua institusi berkenaan.

Sumbangan tersebut disampaikan dalam Majlis Berbuka Puasa Bersama Premier Sarawak yang dianjurkan oleh SDEC, CENTEXS dan DBOS di sebuah hotel terkemuka, di sini, hari ini.

Majlis berkenaan diserikan dengan kehadiran Premier Sarawak, Datuk Patinggi Tan Sri Abang Johari Tun Openg.

RAKAM KENANGAN…PREMIER Sarawak, Datuk Patinggi Tan Sri Abang Johari Tun Openg bersama tetamu kehormat yang lain serta kanak-kanak daripada Kompleks Kebajikan Laila Taib (PERYATIM) dan Kompleks Rumah Kanak-Kanak Toh Puan Hajah Norkiah merakam gambar kenangan ketika Majlis Berbuka Puasa anjuran Perbadanan Ekonomi Digital Sarawak Berhad (SDEC) bersama Pusat Kecemerlangan Teknologi Sarawak (CENTEXS) dan Development Bank of Sarawak (DBOS), di Kuching, hari ini.Foto Norman B

Seramai 40 kanak-kanak daripada dua rumah kebajikan tersebut, masing-masing 20 orang, turut diraikan dalam jamuan berbuka puasa khas sebagai tanda keprihatinan serta menghidupkan nilai kemurahan hati, kebersamaan dan inklusiviti yang menjadi teras Ramadan.

Majlis itu dihadiri lebih 400 tetamu yang terdiri daripada pemimpin kerajaan, ahli lembaga pengarah, pihak berkepentingan korporat, rakan strategik serta kakitangan agensi terlibat, sekali gus mengeratkan hubungan antara pelbagai pihak.

Majlis diakhiri dengan solat berjemaah melibatkan solat Maghrib, Isyak dan Tarawih, sekali gus memperkukuh nilai kebersamaan serta tanggungjawab sosial dalam kalangan organisasi dan masyarakat.

Turut hadir, Pengerusi SDEC, Tan Sri Datuk Amar Mohamad Morshidi Abdul Ghani, Ketua Pegawai Eksekutif SDEC, Dato Ir. Ts. Sudarnoto Osman, Ketua Pegawai Eksekutif CENTEXS, Dato Syeed Mohd Hussien Wan Abd Rahman serta Ketua Pegawai Eksekutif DBOS, Datu Laura Lee Ngien Hion.

Oleh Norman B

Continue Reading

Previous: Eksklusif: Ancaman pemburuan haram terus bayangi kelangsungan Tenggiling Sunda di Sarawak
Next: Eksklusif: Warga emas harap proses penerimaan bantuan SKAS dipermudah

Arkib

  • TERMA & SYARAT
  • PENAFIAN
  • HUBUNGI KAMI
Utusan Sarawak By Warta Niaga Sdn.Bhd | MoreNews by AF themes.