Skip to content

UTUSAN SARAWAK

SUMBER MAKLUMAT ERA BAHARU

Primary Menu
  • LAMAN UTAMA
  • IKLAN
  • SEMASA
  • WILAYAH
    • Selatan
    • Tengah
    • Utara
  • TEMPATAN
  • NASIONAL
  • INSPIRASI
  • KESIHATAN
  • ADVERTORIAL
  • RENCANA
  • TEKNOLOGI
  • PENDIDIKAN
  • BISNES
  • MAHKAMAH
  • JENAYAH
  • KEMALANGAN
  • KEBAKARAN
  • KOLUM
  • GLOBAL
  • SUKAN
  • WBS
  • Home
  • KEMALANGAN
  • Wanita maut kereta dipandu hilang kawalan di Jalan Mukah-Balingian
  • KEMALANGAN

Wanita maut kereta dipandu hilang kawalan di Jalan Mukah-Balingian

Utusan Sarawak 10 hours ago
WANITA maut selepas kereta dinaikinya hilang kawalan lalu terbabas ke kawasan semak. (Kredit foto: PDRM)

BALINGIAN: Seorang wanita maut selepas kereta yang dipandunya hilang kawalan sebelum terbabas ke kawasan semak dalam satu kemalangan di Kilometer 46, Jalan Mukah-Balingian, pagi tadi.

Ketua Polis Daerah Mukah DSP Muhamad Rizal Alias berkata, kejadian sekitar 7.00 pagi itu melibatkan sebuah kereta jenis Perodua Myvi yang dipandu bersendirian oleh mangsa, seorang wanita tempatan berusia 33 tahun.

Beliau berkata, siasatan awal mendapati mangsa yang bekerja sebagai pembantu kedai sedang dalam perjalanan dari arah Bintulu menuju ke Mukah sebelum kenderaan dipandunya dipercayai hilang kawalan setibanya di lokasi kejadian.

WANITA maut selepas kereta dinaikinya hilang kawalan lalu terbabas ke kawasan semak. (Kredit foto: PDRM)

“Kereta itu kemudian terbabas ke kawasan semak di bahagian kanan jalan yang bertentangan,” katanya dalam satu kenyataan.

Menurutnya, mangsa yang tidak sedarkan diri selepas kejadian telah dibawa oleh ambulans ke Klinik Kesihatan Balingian untuk mendapatkan rawatan.

Bagaimanapun, mangsa disahkan meninggal dunia oleh pegawai perubatan klinik berkenaan akibat kecederaan parah di bahagian kepala.

Muhamad Rizal berkata, siasatan awal juga mendapati keadaan jalan di lokasi kejadian adalah dua hala, berselekoh dan licin.

“Pemeriksaan mendapati kenderaan mangsa mengalami kerosakan teruk di keseluruhan bahagian,” katanya.

Kes disiasat di bawah Seksyen 41(1) Akta Pengangkutan Jalan 1987.

Orang ramai yang mempunyai maklumat mengenai kejadian diminta menghubungi pegawai penyiasat kes, Inspektor Mohd Rahmat Jalimin di talian 011-31627137 atau mana-mana balai polis berhampiran bagi membantu siasatan.

Oleh Tarani Lanting

Tags: kemalangan

Continue Reading

Previous: Penunggang motosikal maut dalam kemalangan di Jalan Pakan

Arkib

  • TERMA & SYARAT
  • PENAFIAN
  • HUBUNGI KAMI
Utusan Sarawak By Warta Niaga Sdn.Bhd | MoreNews by AF themes.