Skip to content

UTUSAN SARAWAK

SUMBER MAKLUMAT ERA BAHARU

Primary Menu
  • LAMAN UTAMA
  • IKLAN
  • SEMASA
  • WILAYAH
    • Selatan
    • Tengah
    • Utara
  • TEMPATAN
  • NASIONAL
  • INSPIRASI
  • KESIHATAN
  • ADVERTORIAL
  • RENCANA
  • TEKNOLOGI
  • PENDIDIKAN
  • BISNES
  • MAHKAMAH
  • JENAYAH
  • KEMALANGAN
  • KEBAKARAN
  • KOLUM
  • GLOBAL
  • SUKAN
  • WBS
  • Home
  • TEMPATAN
  • Bazar Aidilfitri Satok kembali meriah dengan lampu hiasan baharu
  • TEMPATAN

Bazar Aidilfitri Satok kembali meriah dengan lampu hiasan baharu

Utusan Sarawak 4 hours ago
DATUK Dr Abdul Rahman Junaidi (tengah), bersama Dato Ibrahim Baki (tiga kiri) dan Datuk Bandar Kuching Utara, Dato Hilmy Othman (dua kanan), meninjau pelbagai gerai Bazar Aidilfitri Satok. Foto Nadya

KUCHING: KUCHING: Bazar Aidilfitri Satok kembali memeriahkan kawasan Satok semalam dengan penyertaan kira-kira 200 penjaja yang menawarkan pelbagai barangan termasuk kuih-muih, biskut raya, kek lapis, baju Melayu, baju kurung serta keperluan persiapan Aidilfitri.

Majlis perasmian disempurnakan oleh Timbalan Menteri di Jabatan Premier Sarawak (Penyelaras Projek untuk Agensi Pembangunan Wilayah, Dewan Bandaraya Kuching Utara dan Hal Ehwal Islam), Datuk Dr Abdul Rahman Junaidi. 

Beliau mendedahkan penganjuran bazar sejak 2010 ini kini dikendalikan secara bersama oleh Dewan Bandaraya Kuching Utara (DBKU) dan Koperasi Usahawan Bumiputera Sarawak Berhad (KUBS), menyediakan platform perniagaan yang tersusun dan kondusif kepada usahawan tempatan. 

MERIAH… Lampu hiasan berwarna hijau dan kuning serta lampu penyuluh dinding menghiasi jejantas Satok, menambahkan seri dan kemeriahan Bazar Aidilfitri Satok. Foto Adele Rissa 

“Kerjasama ini membolehkan tapak bazar diperluas dan memberi peluang kepada lebih ramai usahawan mempamerkan produk mereka kepada pengunjung,” katanya. 

Beliau berkata demikian ketika ditemui pemberita selepas menyempurnakan majlis perasmian Bazar Aidilfitri Satok dan Lampu Perhiasan Jejantas Satok, di sini semalam. 

Sebagai tambahan, kawasan Satok kini dihiasi dengan 77 unit lampu hiasan berwarna hijau dan kuning serta 62 unit lampu penyuluh dinding (wallwasher), menjadikan kawasan ini lebih menarik dan menjadi tarikan pelancong dan penduduk tempatan. 

Sistem pencahayaan berteknologi Merah, Hijau, Biru (RGB) ini juga boleh diselaraskan mengikut tema perayaan lain seperti Tahun Baharu Cina dan Hari Kebangsaan.

Oleh Adele Rissa

Tags: TEMPATAN

Continue Reading

Previous: DUN Pantai Damai mungkin dipecah, Abdul Rahman akur keputusan SPR
Next: Amaran ribut petir dikeluarkan di Kuching, Serian, Samarahan dan Sri Aman

Arkib

  • TERMA & SYARAT
  • PENAFIAN
  • HUBUNGI KAMI
Utusan Sarawak By Warta Niaga Sdn.Bhd | MoreNews by AF themes.