Skip to content

UTUSAN SARAWAK

SUMBER MAKLUMAT ERA BAHARU

Primary Menu
  • LAMAN UTAMA
  • IKLAN
  • SEMASA
  • WILAYAH
    • Selatan
    • Tengah
    • Utara
  • TEMPATAN
  • NASIONAL
  • INSPIRASI
  • KESIHATAN
  • ADVERTORIAL
  • RENCANA
  • TEKNOLOGI
  • PENDIDIKAN
  • BISNES
  • MAHKAMAH
  • JENAYAH
  • KEMALANGAN
  • KEBAKARAN
  • KOLUM
  • GLOBAL
  • SUKAN
  • WBS
  • Home
  • TEMPATAN
  • DUN Pantai Damai mungkin dipecah, Abdul Rahman akur keputusan SPR
  • TEMPATAN

DUN Pantai Damai mungkin dipecah, Abdul Rahman akur keputusan SPR

Utusan Sarawak 11 hours ago
AHLI Dewan Undangan Negeri (ADUN) Pantai Damai, Datuk Dr Abdul Rahman Junaidi ditemui pemberita pada pelancaran Bazar Aidilfitri Satok, malam tadi. Foto Adele Rissa

KUCHING: Ahli Dewan Undangan Negeri (ADUN) Pantai Damai, Datuk Dr Abdul Rahman Junaidi berkata beliau menghormati sebarang keputusan Suruhanjaya Pilihan Raya (SPR) sekiranya kawasan tersebut dibahagikan bagi mewujudkan kerusi baharu.

Menurut beliau, setakat ini perkara berkenaan masih dianggap sebagai khabar angin dan perlu disahkan terlebih dahulu sebelum sebarang komen lanjut diberikan.

“Jika benar Pantai Damai yang kini mempunyai kira-kira 40,000 pengundi perlu dibahagikan dua, kami akan akur dengan apa juga keputusan yang dibuat oleh kerajaan dan SPR,” katanya ketika ditemui pemberita pada pelancaran Bazar Aidilfitri Satok, malam ini.

Abdul Rahman yang juga Bendahari Agung Parti Pesaka Bumiputera Bersatu (PBB) berkata pihaknya sentiasa bersedia menerima sebarang keputusan rasmi berkaitan persempadanan kawasan pilihan raya.

Sebelum ini, Pantai Damai dilaporkan antara kawasan yang mungkin terlibat dalam cadangan penambahan 17 kerusi Dewan Undangan Negeri (DUN) Sarawak, termasuk kemungkinan pembentukan kawasan baharu dikenali sebagai Sejinjang.

Oleh Adele Rissa

Tags: TEMPATAN

Continue Reading

Previous: Agensi bencana Sarawak digesa manfaatkan AI, teknologi terkini
Next: Bazar Aidilfitri Satok kembali meriah dengan lampu hiasan baharu

Arkib

  • TERMA & SYARAT
  • PENAFIAN
  • HUBUNGI KAMI
Utusan Sarawak By Warta Niaga Sdn.Bhd | MoreNews by AF themes.