Skip to content

UTUSAN SARAWAK

SUMBER MAKLUMAT ERA BAHARU

Primary Menu
  • LAMAN UTAMA
  • IKLAN
  • SEMASA
  • WILAYAH
    • Selatan
    • Tengah
    • Utara
  • TEMPATAN
  • NASIONAL
  • INSPIRASI
  • KESIHATAN
  • ADVERTORIAL
  • RENCANA
  • TEKNOLOGI
  • PENDIDIKAN
  • BISNES
  • MAHKAMAH
  • JENAYAH
  • KEMALANGAN
  • KEBAKARAN
  • KOLUM
  • GLOBAL
  • SUKAN
  • WBS
  • Home
  • WILAYAH
  • ADUN Kabong santuni asnaf, bakal pasang lampu solar di Kampung Emplam
  • WILAYAH

ADUN Kabong santuni asnaf, bakal pasang lampu solar di Kampung Emplam

Utusan Sarawak 11 hours ago
ADUN Kabong, Dato Mohd Chee Kadir telah menyertai penduduk kampung bagi menunaikan solat Isyak dan solat Tarawih berjemaah di Masjid Lebai Mat, Kampung Emplam, malam ini. Foto ADUN Kabong

KABONG: Ahli Dewan Undangan Negeri (ADUN) Kabong, Dato Mohd Chee Kadir terus mempergiat usaha menyantuni masyarakat setempat menerusi program keagamaan dan kebajikan sepanjang bulan Ramadan yang penuh keberkatan ini.

​Pada kunjungan terbaharu beliau malam ini telah menyertai penduduk kampung bagi menunaikan solat Isyak dan solat Tarawih berjemaah di Masjid Lebai Mat, Kampung Emplam.

​Majlis tersebut turut diserikan dengan program penyampaian sumbangan kepada golongan asnaf serta peserta tadarus al-Quran. 

Inisiatif ini merupakan sebahagian daripada usaha berterusan beliau untuk memastikan kebajikan rakyat di kawasan Dewan Undangan Negeri (DUN) Kabong sentiasa terjaga.

​Beliau telah menyampaikan sumbangan daripada pihak masjid kepada 12 orang asnaf serta 26 orang peserta tadarus al-Quran. 

Pemberian tersebut adalah sebagai tanda penghargaan atas kesungguhan mereka mengimarahkan masjid sepanjang bulan mulia ini.

​Bagi memudahkan urusan agihan, sumbangan untuk golongan asnaf tersebut telah diserahkan secara simbolik kepada Ketua Kaum, Abdul Rashid Sidi, untuk disampaikan kepada para penerima yang terlibat di sekitar kampung berkenaan.

ADUN Kabong, Dato Mohd Chee Kadir telah menyertai penduduk kampung bagi menunaikan solat Isyak dan solat Tarawih berjemaah di Masjid Lebai Mat, Kampung Emplam, malam ini. Foto ADUN Kabong

​Menyentuh mengenai pembangunan prasarana, Chee Kadir dalam ucapannya memaklumkan perancangan beliau untuk meningkatkan tahap keselamatan penduduk Kampung Emplam menerusi penyediaan kemudahan lampu jalan.

​Beliau menyatakan hasrat untuk menyediakan lampu solar di sepanjang jalan utama menuju ke Kampung Emplam sekiranya terdapat peruntukan yang bersesuaian pada masa akan datang bagi memberikan keselesaan kepada penduduk pada waktu malam.

​Ibadah solat sunat Tarawih pada malam tersebut telah diimamkan oleh Muhammad Ilyas Yusnizam Al-Hafiz, seorang imam yang dibawakan khas dari Selangor untuk memimpin solat sepanjang program berlangsung di masjid tersebut.

​Chee Kadir berharap agar program seumpama ini bukan sahaja dapat memperkukuhkan hubungan silaturahim antara pemimpin dan masyarakat, malah menyemarakkan lagi penghayatan Ramadan melalui aktiviti keagamaan yang berkualiti.

​Sebelum mengakhiri majlis, beliau turut mengambil kesempatan mengucapkan selamat menjalani ibadah puasa kepada seluruh umat Islam dan mendoakan agar segala amalan sepanjang Ramadan ini diterima serta diberkati oleh Allah SWT.

​

Oleh Adi Safarman

Tags: wilayah

Continue Reading

Previous: BSJKD IPD Betong dekati komuniti rumah panjang, tingkat kesedaran penipuan dalam talian
Next: Pemuda PBB Bukit Sari anjur Program Berbuka Puasa, Tarawih di Kampung Gelapas

Arkib

  • TERMA & SYARAT
  • PENAFIAN
  • HUBUNGI KAMI
Utusan Sarawak By Warta Niaga Sdn.Bhd | MoreNews by AF themes.