Skip to content

UTUSAN SARAWAK

SUMBER MAKLUMAT ERA BAHARU

Primary Menu
  • LAMAN UTAMA
  • IKLAN
  • SEMASA
  • WILAYAH
    • Selatan
    • Tengah
    • Utara
  • TEMPATAN
  • NASIONAL
  • INSPIRASI
  • KESIHATAN
  • ADVERTORIAL
  • RENCANA
  • TEKNOLOGI
  • PENDIDIKAN
  • BISNES
  • MAHKAMAH
  • JENAYAH
  • KEMALANGAN
  • KEBAKARAN
  • KOLUM
  • GLOBAL
  • SUKAN
  • WBS
  • Home
  • WILAYAH
  • ADUN Kabong santuni pesakit uzur, hulur bantuan ringankan beban
  • Selatan
  • WILAYAH

ADUN Kabong santuni pesakit uzur, hulur bantuan ringankan beban

Utusan Sarawak 9 hours ago
DATO Mohd Chee Kadir bersama isteri, Datin Meryani Yassin mengadakan ziarah kebajikan bagi menyantuni beberapa penduduk uzur di sekitar kawasan Kabong, hari ini. Foto: ADUN Kabong

KABONG: Prihatin terhadap kebajikan masyarakat setempat, Ahli Dewan Undangan Negeri (ADUN) Kabong, Dato Mohd Chee Kadir bersama isterinya, Datin Meryani Yassin mengadakan ziarah kebajikan bagi menyantuni beberapa penduduk uzur di sekitar kawasan Kabong, hari ini.

Kunjungan tersebut bertujuan meninjau keadaan kesihatan penduduk yang kurang bernasib baik selain menyampaikan bantuan bagi meringankan beban mereka.

Dalam lawatan itu, Chee Kadir menziarahi seorang warga emas, Masni Tumbin, 74, di kediamannya di Kampung Baru Darat Kabong.

DATO Mohd Chee Kadir bersama isteri, Datin Meryani Yassin mengadakan ziarah kebajikan bagi menyantuni beberapa penduduk uzur di sekitar kawasan Kabong, hari ini. Foto: ADUN Kabong

Masni dilaporkan telah hampir 10 tahun terlantar akibat serangan angin ahmar yang menyebabkan pergerakan hariannya terbatas dan memerlukan penjagaan rapi daripada ahli keluarga.

Sebagai tanda keprihatinan, Chee Kadir telah menyumbangkan sebuah kerusi roda bagi memudahkan pergerakan Masni serta membantu urusan penjagaan oleh ahli keluarganya.

Rombongan seterusnya menziarahi seorang lagi pesakit strok, Siti Haja Suliman, 52, di Kampung Sungai Pala, Kabong.

DATO Mohd Chee Kadir bersama isteri, Datin Meryani Yassin mengadakan ziarah kebajikan bagi menyantuni beberapa penduduk uzur di sekitar kawasan Kabong, hari ini. Foto: ADUN Kabong

Difahamkan, Siti Haja kini memerlukan alat sokongan berupa tongkat selepas mengalami kesukaran untuk bergerak berikutan serangan strok yang dialaminya.

Chee Kadir berkata, program ziarah kebajikan seperti ini merupakan usaha berterusan untuk mendekati rakyat serta memastikan golongan memerlukan tidak terpinggir daripada perhatian.

Menurutnya, bantuan yang disampaikan mungkin kecil, namun diharapkan mampu memberi sedikit kelegaan kepada pesakit dan keluarga yang menjaga mereka.

Beliau turut mendoakan agar kedua-dua pesakit diberikan kekuatan, kesabaran serta kesembuhan oleh Allah SWT, selain berharap semangat prihatin dan amalan ziarah dapat terus dipupuk dalam masyarakat, khususnya sepanjang Ramadan yang penuh keberkatan ini.

Oleh Adi Safarman

Tags: wilayah

Continue Reading

Previous: Harden ziarah mangsa kebakaran di Taman Sentosa Indah
Next: Persiapan Jelajah Eksplorasi Maludam Siri 3 diperkemas

Arkib

  • TERMA & SYARAT
  • PENAFIAN
  • HUBUNGI KAMI
Utusan Sarawak By Warta Niaga Sdn.Bhd | MoreNews by AF themes.