Skip to content

UTUSAN SARAWAK

SUMBER MAKLUMAT ERA BAHARU

Primary Menu
  • LAMAN UTAMA
  • IKLAN
  • SEMASA
  • WILAYAH
    • Selatan
    • Tengah
    • Utara
  • TEMPATAN
  • NASIONAL
  • INSPIRASI
  • KESIHATAN
  • ADVERTORIAL
  • RENCANA
  • TEKNOLOGI
  • PENDIDIKAN
  • BISNES
  • MAHKAMAH
  • JENAYAH
  • KEMALANGAN
  • KEBAKARAN
  • KOLUM
  • GLOBAL
  • SUKAN
  • WBS
  • Home
  • WILAYAH
  • ADUN Kalaka puji kejayaan PDRM Saratok perangi dadah, judi dalam talian
  • Selatan
  • WILAYAH

ADUN Kalaka puji kejayaan PDRM Saratok perangi dadah, judi dalam talian

Utusan Sarawak 7 hours ago
MOHAMAD Duri hadir pada Majlis Berbuka Puasa di IPD Saratok bersama ADUN Kalaka dan ADUN Krian di sini petang tadi. Foto: ADUN Kalaka

SARATOK: Usaha gigih Polis Diraja Malaysia (PDRM) Daerah Saratok dalam memerangi kegiatan dadah, judi dalam talian serta pelbagai bentuk jenayah mendapat pujian apabila kejayaan beberapa tangkapan berjaya mengurangkan kadar jenayah di daerah berkenaan.

Ahli Dewan Undangan Negeri (ADUN) Kalaka, Mohamad Duri merakamkan setinggi-tinggi tahniah dan syabas kepada anggota serta pegawai polis yang bertungkus-lumus memastikan keselamatan dan kesejahteraan masyarakat di Saratok terus terpelihara.

MOHAMAD Duri hadir pada Majlis Berbuka Puasa di IPD Saratok bersama ADUN Kalaka dan ADUN Krian di sini petang tadi. Foto: ADUN Kalaka

Beliau berkata, komitmen tinggi pihak polis dalam membanteras kegiatan jenayah termasuk dadah dan judi dalam talian jelas menunjukkan kesungguhan mereka dalam menjaga keamanan di kawasan tersebut.

“Saya mengucapkan setinggi-tinggi tahniah dan syabas kepada PDRM Daerah Saratok kerana telah bertungkus-lumus memerangi dadah, judi dalam talian dan jenayah di kawasan ini sehingga berjaya melakukan beberapa tangkapan yang secara tidak langsung mengurangkan kadar jenayah,” katanya.

Beliau berkata demikian ketika menghadiri Majlis Berbuka Puasa di Ibu Pejabat Polis Daerah (IPD) Saratok bersama ADUN Kalaka dan ADUN Krian di sini petang tadi.

MOHAMAD Duri hadir pada Majlis Berbuka Puasa di IPD Saratok bersama ADUN Kalaka dan ADUN Krian di sini petang tadi. Foto: ADUN Kalaka

Majlis tersebut dimulakan dengan bacaan doa sebelum diteruskan dengan ucapan aluan oleh Ketua Polis Daerah Saratok, Mathew Manggie.

Dalam majlis sama, Mohamad Duri turut diberi peluang menyampaikan ucapan ringkas serta berkongsi beberapa perkara kepada tetamu yang hadir mengenai kerjasama antara pemimpin masyarakat dan pihak keselamatan.

Beliau juga mengumumkan pemberian geran kepada pihak IPD Saratok selain memaklumkan usaha untuk memohon kelulusan projek di bawah Program Transformasi Luar Bandar (RTP) melalui Unit Perancang Ekonomi (EPU) bagi pembinaan surau baharu di IPD Saratok.

Menurutnya, pembinaan surau baharu itu kelak mampu memberi keselesaan kepada jemaah untuk menunaikan ibadah serta melaksanakan pelbagai program kerohanian dan kemasyarakatan yang dapat mengeratkan silaturahim warga IPD Saratok.

Pada majlis tersebut, Mohamad Duri bersama ADUN Krian, Friday Belik turut menyempurnakan penyampaian saguhati kepada veteran dan pesara polis yang pernah menabur bakti di daerah ini, selain turut menyampaikan sumbangan kepada pelajar Tahfiz Darul Uloom Saratok.

Oleh Adi Safarman

Tags: wilayah

Continue Reading

Previous: Industri kecil dan sederhana di Limbang miliki potensi besar
Next: Harden ziarah mangsa kebakaran di Taman Sentosa Indah

Arkib

  • TERMA & SYARAT
  • PENAFIAN
  • HUBUNGI KAMI
Utusan Sarawak By Warta Niaga Sdn.Bhd | MoreNews by AF themes.