Skip to content

UTUSAN SARAWAK

SUMBER MAKLUMAT ERA BAHARU

Primary Menu
  • LAMAN UTAMA
  • IKLAN
  • SEMASA
  • WILAYAH
    • Selatan
    • Tengah
    • Utara
  • TEMPATAN
  • NASIONAL
  • INSPIRASI
  • KESIHATAN
  • ADVERTORIAL
  • RENCANA
  • TEKNOLOGI
  • PENDIDIKAN
  • BISNES
  • MAHKAMAH
  • JENAYAH
  • KEMALANGAN
  • KEBAKARAN
  • KOLUM
  • GLOBAL
  • SUKAN
  • WBS
  • Home
  • WILAYAH
  • 171 golongan memerlukan terima sumbangan Ramadan di DUN Kalaka
  • Selatan
  • WILAYAH

171 golongan memerlukan terima sumbangan Ramadan di DUN Kalaka

Utusan Sarawak 1 day ago
MOHAMAD Duri pada majlis penyampaian sumbangan sempena Ramadan 1447H dalam Majlis Program Pautan Kasih yang diadakan di Masjid Jamek Saratok, semalam. Foto: ADUN Kalaka

SARATOK: Seramai 171 penerima terdiri daripada anak yatim, golongan asnaf dan pelajar tahfiz dari kawasan Dewan Undangan Negeri (DUN) Kalaka telah menerima sumbangan sempena Ramadan 1447H dalam Majlis Program Pautan Kasih yang diadakan di Masjid Jamek Saratok, semalam.

Majlis berkenaan dianjurkan oleh Lembaga Amanah Kebajikan Islam Saratok (LAKIS) dengan kerjasama Pusat Khidmat ADUN Kalaka bagi menyantuni golongan yang memerlukan menjelang sambutan Aidilfitri.

MOHAMAD Duri pada majlis penyampaian sumbangan sempena Ramadan 1447H dalam Majlis Program Pautan Kasih yang diadakan di Masjid Jamek Saratok, semalam. Foto: ADUN Kalaka

Ahli Dewan Undangan Negeri (ADUN) Kalaka, Mohamad Duri berkata, program tersebut merupakan antara usaha berterusan bagi membantu meringankan beban golongan kurang berkemampuan khususnya sepanjang Ramadan.

Menurutnya, daripada jumlah keseluruhan penerima, seramai 117 merupakan anak yatim, 45 golongan asnaf dan 13 pelajar tahfiz yang menerima bantuan pada majlis tersebut.

Beliau berkata, sumbangan yang diberikan diharap dapat membantu mereka membuat persiapan menyambut Aidilfitri yang bakal tiba tidak lama lagi.

MOHAMAD Duri pada majlis penyampaian sumbangan sempena Ramadan 1447H dalam Majlis Program Pautan Kasih yang diadakan di Masjid Jamek Saratok, semalam. Foto: ADUN Kalaka

“Program seperti ini bukan sahaja bertujuan menghulurkan bantuan, malah menjadi platform untuk menyantuni serta berkongsi kegembiraan dengan golongan yang memerlukan,” katanya.

Tambah beliau, program Pautan Kasih yang dilaksanakan itu juga bertujuan memupuk semangat kebersamaan serta meningkatkan keprihatinan masyarakat terhadap nasib golongan kurang bernasib baik.

Katanya lagi, sokongan pelbagai pihak termasuk agensi dan pemimpin masyarakat amat penting bagi memastikan program kebajikan seperti ini dapat diteruskan pada masa akan datang.

Majlis tersebut turut dihadiri Pro-Canselor Universiti Teknologi MARA (UiTM), Datuk Abdul Wahab Aziz; wakil Pegawai Daerah Saratok, Hatta Adenan; Pemanca Sahari Gani serta Penghulu Madi Bujang dan Penghulu Misis Aris.

Turut hadir, Ketua Masyarakat dan Ketua Kaum (KMKK) Daerah Saratok yang bersama-sama memeriahkan majlis serta menyampaikan sumbangan kepada para penerima.

Oleh Adi Safarman

Tags: wilayah

Continue Reading

Previous: 1,400 bungkus bubur lambuk, bubur kapur dikongsi bersama penduduk Kabong
Next: Pemuda dikhuatiri hilang selepas masuk hutan belakang rumah di Kanowit

Arkib

  • TERMA & SYARAT
  • PENAFIAN
  • HUBUNGI KAMI
Utusan Sarawak By Warta Niaga Sdn.Bhd | MoreNews by AF themes.