Skip to content

UTUSAN SARAWAK

SUMBER MAKLUMAT ERA BAHARU

Primary Menu
  • LAMAN UTAMA
  • IKLAN
  • SEMASA
  • WILAYAH
    • Selatan
    • Tengah
    • Utara
  • TEMPATAN
  • NASIONAL
  • INSPIRASI
  • KESIHATAN
  • ADVERTORIAL
  • RENCANA
  • TEKNOLOGI
  • PENDIDIKAN
  • BISNES
  • MAHKAMAH
  • JENAYAH
  • KEMALANGAN
  • KEBAKARAN
  • KOLUM
  • GLOBAL
  • SUKAN
  • WBS
  • Home
  • JENAYAH
  • Lelaki disyaki cuba mencuri di pasar raya Miri, ditahan polis
  • JENAYAH

Lelaki disyaki cuba mencuri di pasar raya Miri, ditahan polis

Utusan Sarawak 7 hours ago
TULAR…Tangkap layar rakaman video tular di media sosial yang memaparkan kejadian cubaan mencuri di sebuah pasar raya di Miri. 

MIRI: Lelaki tempatan yang dipercayai terlibat dalam kejadian cubaan mencuri di sebuah pasar raya di bandar raya ini berjaya ditahan polis, selepas video kejadian tersebut tular di media sosial.

Ketua Polis Daerah Miri, Asisten Komisioner Mohd Farhan Lee Abdullah berkata, suspek berusia 49 tahun itu berjaya ditahan hasil risikan dan siasatan yang dijalankan oleh Bahagian Siasatan Jenayah Ibu Pejabat Polis Daerah (IPD) Miri.

Menurutnya, suspek ditahan di stesen minyak di bandar raya ini ketika dipercayai sedang membuat persiapan untuk melarikan diri ke daerah lain.

“Suspek kini ditahan di lokap polis dan akan dipohon untuk tahanan reman hari ini di Mahkamah Miri bagi membantu siasatan lanjut,” katanya dalam satu kenyataan media yang dikeluarkan petang tadi.

Kes tersebut disiasat di bawah Seksyen 380/511 Kanun Keseksaan kerana cubaan mencuri.

Dalam pada itu, Mohd Farhan menegaskan komitmen berterusan dalam membanteras kegiatan jenayah khususnya kes kecurian serta mengalu-alukan kerjasama masyarakat untuk menyalurkan maklumat bagi membantu siasatan.

Orang ramai yang mempunyai maklumat berkaitan sebarang aktiviti jenayah diminta menghubungi pihak polis di talian 085-433400 atau hadir ke balai polis berhampiran.

“Kerjasama masyarakat amat dihargai dalam usaha membanteras jenayah serta memastikan keselamatan dan ketenteraman awam terus terpelihara,” ujarnya.

Oleh Liong Chai Ling

Tags: Jenayah

Continue Reading

Previous: Pemandu didenda selepas pusingan U haram di KM1 Jalan Bau–Serikin dirakam kamera papan pemuka, tular di media sosial

Arkib

  • TERMA & SYARAT
  • PENAFIAN
  • HUBUNGI KAMI
Utusan Sarawak By Warta Niaga Sdn.Bhd | MoreNews by AF themes.