Skip to content

UTUSAN SARAWAK

SUMBER MAKLUMAT ERA BAHARU

Primary Menu
  • LAMAN UTAMA
  • IKLAN
  • SEMASA
  • WILAYAH
    • Selatan
    • Tengah
    • Utara
  • TEMPATAN
  • NASIONAL
  • INSPIRASI
  • KESIHATAN
  • ADVERTORIAL
  • RENCANA
  • TEKNOLOGI
  • PENDIDIKAN
  • BISNES
  • MAHKAMAH
  • JENAYAH
  • KEMALANGAN
  • KEBAKARAN
  • KOLUM
  • GLOBAL
  • SUKAN
  • WBS
  • Home
  • SUKAN
  • Aaron-Wooi Yik teruskan buruan gelaran All England 2026
  • SUKAN

Aaron-Wooi Yik teruskan buruan gelaran All England 2026

Utusan Sarawak 19 hours ago
BEREGU lelaki utama negara Aaron Chia-Soh Wooi Yik melangkah ke separuh akhir Kejohanan Badminton All England 2026 selepas menumpaskan rakan senegara Man Wei Chong-Tee Kai Wun dalam aksi suku akhir yang berlangsung di Birmingham, hari ini. 

KUALA LUMPUR: Beregu lelaki utama negara Aaron Chia-Soh Wooi Yik melangkah ke separuh akhir Kejohanan Badminton All England 2026 selepas menumpaskan rakan senegara Man Wei Chong-Tee Kai Wun dalam aksi suku akhir yang berlangsung di Birmingham, hari ini. 

Pasangan ranking kedua dunia itu mencatat kemenangan 21-16, 20-22, 21-14 dalam pertarungan selama 61 minit, sekali gus menempah tiket ke kelompok empat terbaik kejohanan bertatus Super 1000 itu.

Kemenangan itu juga menjadi yang kelima buat Aaron-Wooi Yik ke atas pasangan senegara tersebut daripada lapan pertemuan keseluruhan sebelum ini.

Di separuh akhir, Aaron-Wooi Yik dijadual menentang pasangan China, Chen Bo Yang-Liu Yi yang mara selepas menewaskan pasangan Indonesia, Muhammad Rian Ardianto-Rahmat Hidayat, 21-16 dan 21-10 dalam satu lagi aksi suku akhir. 

Pertemuan itu bakal menjadi yang keempat antara kedua-dua pasangan dengan Aaron-Wooi Yik memiliki kelebihan rekod 3-1 ke atas gandingan dari China berkenaan.

Kemenangan dalam aksi separuh akhir nanti bakal membawa pasangan negara itu ke pentas final All England sekali gus membuka peluang untuk menambah satu lagi pencapaian berprestij dalam karier mereka di pentas antarabangsa.

-Bernama

Tags: Sukan

Continue Reading

Previous: All England 2026: Aaron-Wooi Yik bakal bertemu rakan senegara Wei Chong-Kai Wun pada suku akhir
Next: Liverpool jinak Wolves, mara ke suku akhir Piala FA

Arkib

  • TERMA & SYARAT
  • PENAFIAN
  • HUBUNGI KAMI
Utusan Sarawak By Warta Niaga Sdn.Bhd | MoreNews by AF themes.