Skip to content

UTUSAN SARAWAK

SUMBER MAKLUMAT ERA BAHARU

Primary Menu
  • LAMAN UTAMA
  • IKLAN
  • SEMASA
  • WILAYAH
    • Selatan
    • Tengah
    • Utara
  • TEMPATAN
  • NASIONAL
  • INSPIRASI
  • KESIHATAN
  • ADVERTORIAL
  • RENCANA
  • TEKNOLOGI
  • PENDIDIKAN
  • BISNES
  • MAHKAMAH
  • JENAYAH
  • KEMALANGAN
  • KEBAKARAN
  • KOLUM
  • GLOBAL
  • SUKAN
  • WBS
  • Home
  • BISNES
  • Sarawak keluarkan dua lesen C2 bagi perikanan laut dalam
  • BISNES

Sarawak keluarkan dua lesen C2 bagi perikanan laut dalam

Utusan Sarawak 16 hours ago
MENTERI Industri Makanan, Komoditi dan Pembangunan Wilayah, Datuk Sri Dr Stephen Rundi Utom melawat fasiliti penanaman cendawan butang Borneo Highland Orchard selepas lawatan ke fasiliti pemprosesan susu segar A2 milik Ecofarm Solution Sdn Bhd di Kampung Panchor di sini hari ini. Foto Adele Rissa

SERIAN: Sarawak telah mengeluarkan dua lesen kategori C2 bagi aktiviti perikanan laut dalam selepas negeri ini diberikan kuasa berbuat demikian di bawah Perjanjian Malaysia 1963 (MA63).

Menteri Industri Makanan, Komoditi dan Pembangunan Wilayah, Datuk Sri Dr Stephen Rundi Utom berkata, walaupun lesen telah dikeluarkan, operasi setakat ini masih belum dapat dilaksanakan sepenuhnya kerana beberapa kekangan dihadapi pemain industri.

Menurut beliau, antara cabaran utama ialah kesukaran mendapatkan kapal perikanan yang sesuai kerana syarikat tempatan tidak dibenarkan membeli kapal dari negara seperti Vietnam, Thailand dan China atas faktor keselamatan.

“Keadaan itu menyebabkan mereka terpaksa sama ada membina kapal sendiri atau mendapatkan kapal dari negara lain, yang memerlukan kos yang lebih tinggi,” katanya.

Beliau berkata demikian ketika ditemui media selepas mengadakan lawatan ke fasiliti pemprosesan susu segar A2 milik Ecofarm Solution Sdn Bhd di Kampung Panchor di sini, hari ini.

Rundi berkata kerajaan negeri juga merancang menubuhkan Jabatan Perikanan Sarawak bagi memperkukuh kawal selia industri tersebut serta menyediakan sokongan lebih menyeluruh kepada pemain sektor perikanan.

Menurutnya, komuniti nelayan di negeri ini ketika ini masih banyak bergantung kepada kaedah penangkapan tradisional dan belum memanfaatkan sepenuhnya potensi perikanan laut dalam.

Tambah beliau, Sarawak memiliki hampir 1,000 kilometer garis pantai yang membuka peluang besar untuk pembangunan sektor perikanan marin.

“Kita mempunyai potensi yang besar untuk diterokai dalam sektor ini dan usaha sedang dilakukan bagi memperkasa industri tersebut secara berperingkat,” katanya.

Dalam pada itu, beliau menegaskan bahawa pembangunan sektor perikanan laut dalam perlu dilaksanakan dengan kawal selia yang rapi supaya sumber perikanan negeri terus dimanfaatkan oleh pemain tempatan.

Oleh Adele Rissa 

Tags: Bisnes

Continue Reading

Previous: Bina Puri peroleh RM42.5 juta kontrak untuk projek di Limbang
Next: Situasi Asia Barat, data ekonomi AS akan tentukan hala tuju ringgit minggu depan

Arkib

  • TERMA & SYARAT
  • PENAFIAN
  • HUBUNGI KAMI
Utusan Sarawak By Warta Niaga Sdn.Bhd | MoreNews by AF themes.