Skip to content

UTUSAN SARAWAK

SUMBER MAKLUMAT ERA BAHARU

Primary Menu
  • LAMAN UTAMA
  • IKLAN
  • SEMASA
  • WILAYAH
    • Selatan
    • Tengah
    • Utara
  • TEMPATAN
  • NASIONAL
  • INSPIRASI
  • KESIHATAN
  • ADVERTORIAL
  • RENCANA
  • TEKNOLOGI
  • PENDIDIKAN
  • BISNES
  • MAHKAMAH
  • JENAYAH
  • KEMALANGAN
  • KEBAKARAN
  • KOLUM
  • GLOBAL
  • SUKAN
  • WBS
  • Home
  • BISNES
  • Bina Puri peroleh RM42.5 juta kontrak untuk projek di Limbang
  • BISNES

Bina Puri peroleh RM42.5 juta kontrak untuk projek di Limbang

Utusan Sarawak 15 hours ago
PEROLEH KONTRAK... Bina Puri Holdings Sdn Bhd (Bina Puri) memperoleh kontrak bernilai RM42.5 juta daripada Mexajati Sdn Bhd untuk melaksanakan dan menyiapkan projek di Limbang, Sarawak.

KUALA LUMPUR: Bina Puri Holdings Sdn Bhd (Bina Puri) memperoleh kontrak bernilai RM42.5 juta daripada Mexajati Sdn Bhd untuk melaksanakan dan menyiapkan projek di Limbang, Sarawak.

Dalam satu makluman kepada Bursa Malaysia, Bina Puri berkata anak syarikat milik penuhnya, Bina Puri Builder Sdn Bhd telah menerima surat lantikan (LOA) pada 5 Mac, 2026.

“Jika tiada keadaan luar jangkaan, penerimaan LOA dijangka memberi sumbangan positif kepada pendapatan masa depan, pendapatan setiap saham, aset bersih setiap saham dan tahap kadar hutang syarikat.

“Penerimaan LOA ini tidak akan memberi sebarang kesan ke atas modal saham dan pegangan saham pemegang saham utama syarikat,” katanya.

Bina Puri menambah syarikat mengekalkan kehadiran yang kukuh di Sarawak setelah menyiapkan projek-projek penting lain seperti Dewan Undangan Negeri Sarawak (DUN) dan Plaza Merdeka.

-Bernama  

Tags: Bisnes

Continue Reading

Previous: Asas ekonomi kukuh teras kekalkan pengukuhan ringgit, kata Gabenor BNM
Next: Sarawak keluarkan dua lesen C2 bagi perikanan laut dalam

Arkib

  • TERMA & SYARAT
  • PENAFIAN
  • HUBUNGI KAMI
Utusan Sarawak By Warta Niaga Sdn.Bhd | MoreNews by AF themes.