Skip to content

UTUSAN SARAWAK

SUMBER MAKLUMAT ERA BAHARU

Primary Menu
  • LAMAN UTAMA
  • IKLAN
  • SEMASA
  • WILAYAH
    • Selatan
    • Tengah
    • Utara
  • TEMPATAN
  • NASIONAL
  • INSPIRASI
  • KESIHATAN
  • ADVERTORIAL
  • RENCANA
  • TEKNOLOGI
  • PENDIDIKAN
  • BISNES
  • MAHKAMAH
  • JENAYAH
  • KEMALANGAN
  • KEBAKARAN
  • KOLUM
  • GLOBAL
  • SUKAN
  • WBS
  • Home
  • KEMALANGAN
  • Kereta terbabas masuk parit, lelaki cedera ringan
  • KEMALANGAN

Kereta terbabas masuk parit, lelaki cedera ringan

Utusan Sarawak 8 hours ago
PASUKAN…Keluaran Operasi (PKO) bertindak membantu mengeluarkan mangsa dari kenderaan sebelum diserahkan kepada pihak Kementerian Kesihatan (KKM) untuk tindakan lanjut.Foto JBPM Sarawak

KUCHING: Seorang lelaki dewasa mengalami kecederaan ringan selepas kenderaan dipandunya terbabas sebelum masuk ke dalam parit dalam kejadian kemalangan kendiri di Jalan Arang, Taman Flora Indah, pagi tadi.

Menurut Pusat Gerakan Operasi Jabatan Bomba dan Penyelamat Malaysia (JBPM) Sarawak, panggilan kecemasan berhubung kejadian itu diterima pada 9.01 pagi.

Sejurus menerima panggilan, sepasukan anggota dari Balai Bomba dan Penyelamat (BBP) Kota Sentosa dikejarkan ke lokasi kejadian.

Komander Operasi, Jifree Sujal berkata, kemalangan tersebut melibatkan sebuah kenderaan jenis Perodua Viva yang terbabas sebelum masuk ke dalam parit.

“Seorang mangsa lelaki dewasa didapati mengalami kecederaan ringan dan tidak tersepit di dalam kenderaan.

“Pasukan Keluaran Operasi (PKO) bertindak membantu mengeluarkan mangsa dari kenderaan sebelum diserahkan kepada pihak Kementerian Kesihatan (KKM) untuk tindakan lanjut,” katanya dalam satu kenyataan hari ini.

Operasi yang melibatkan enam anggota bersama sebuah jentera FRT itu kemudian ditamatkan setelah keadaan di lokasi didapati selamat dan terkawal.

Continue Reading

Previous: Wanita diselamatkan polis selepas kenderaan terbakar di Miri

Arkib

  • TERMA & SYARAT
  • PENAFIAN
  • HUBUNGI KAMI
Utusan Sarawak By Warta Niaga Sdn.Bhd | MoreNews by AF themes.