Skip to content

UTUSAN SARAWAK

SUMBER MAKLUMAT ERA BAHARU

Primary Menu
  • LAMAN UTAMA
  • IKLAN
  • SEMASA
  • WILAYAH
    • Selatan
    • Tengah
    • Utara
  • TEMPATAN
  • NASIONAL
  • INSPIRASI
  • KESIHATAN
  • ADVERTORIAL
  • RENCANA
  • TEKNOLOGI
  • PENDIDIKAN
  • BISNES
  • MAHKAMAH
  • JENAYAH
  • KEMALANGAN
  • KEBAKARAN
  • KOLUM
  • GLOBAL
  • SUKAN
  • WBS
  • Home
  • TEMPATAN
  • Tun Wan Junaidi hadir majlis Sungkei Perdana di Astana Negeri Sarawak
  • TEMPATAN

Tun Wan Junaidi hadir majlis Sungkei Perdana di Astana Negeri Sarawak

Utusan Sarawak 8 hours ago
TUN Pehin Sri Wan Junaidi Tuanku Jaafar tiba di pekarangan Surau Astana Negeri Sarawak diiringi oleh Datuk Patinggi Tan Sri Abang Johari Tun Openg. Foto JAPEN

PETRA JAYA: Yang di-Pertua Negeri, Tun Pehin Sri Wan Junaidi Tuanku Jaafar bersama Toh Puan Datuk Patinggi Fauziah Mohd Sanusi menghadiri Majlis Sungkei Perdana yang disertai pemimpin tertinggi negeri di Surau Astana Negeri Sarawak semalam.

Ketibaan tetamu jemputan bermula seawal 6.00 petang diikuti kehadiran menteri kabinet serta dif kenamaan bersama pasangan masing-masing pada 6.15 petang.

TUN Wan Junaidi bersama Abang Johari dan pemimpin tertinggi kerajaan Sarawak serta pasangan masing-masing di meja utama majlis. Foto JAPEN

Tun Wan Junaidi bersama Toh Puan Fauziah kemudiannya berangkat tiba pada 6.45 petang.

Majlis dimulakan acara berbuka puasa diikuti bersungkei bersama para tetamu yang hadir.

Selepas berbuka puasa, jemputan menunaikan solat fardu Maghrib secara berjemaah sebelum menikmati jamuan makan malam yang disediakan.

PALUAN Beduk menandakan waktu berbuka puasa berkumandang di ruang dewan majlis. Foto JAPEN

Majlis diteruskan dengan solat fardu Isyak dan solat sunat Tarawih secara berjemaah yang dipimpin oleh Imam Besar Negeri Sarawak, Dato Mustapha Kamal Ahmad Fauzi, sebelum diakhiri dengan moreh.

Sejurus selesai majlis, Tun Wan Junaidi bersama Toh Puan Fauziah berangkat meninggalkan majlis dengan diiringi oleh Premier Sarawak, Datuk Patinggi Tan Sri Abang Johari Tun Openg.

TUN Wan Junaidi bersama Abang Johari mengambil tempat di saf hadapan untuk menunaikan solat fardu Maghrib yang diimamkan oleh Imam Besar Negeri Sarawak.

Turut hadir anak perempuan Premier Sarawak, Dayang Norjihan.

Hadir sama Timbalan-Timbalan Premier Sarawak, Datuk Amar Douglas Uggah Embas dan Datuk Amar Dr Sim Kui Hian serta Speaker Dewan Undangan Negeri Sarawak, Tan Sri Datuk Amar Mohamad Asfia Awang Nassar. – JAPEN

Tags: TEMPATAN

Continue Reading

Previous: Dakwaan James Chai tidak benar, prosedur siasatan ikut standard – SPRM
Next: SKAS disalurkan mulai 10 Mac, bantuan dinantikan rakyat Sarawak

Arkib

  • TERMA & SYARAT
  • PENAFIAN
  • HUBUNGI KAMI
Utusan Sarawak By Warta Niaga Sdn.Bhd | MoreNews by AF themes.