Skip to content

UTUSAN SARAWAK

SUMBER MAKLUMAT ERA BAHARU

Primary Menu
  • LAMAN UTAMA
  • IKLAN
  • SEMASA
  • WILAYAH
    • Selatan
    • Tengah
    • Utara
  • TEMPATAN
  • NASIONAL
  • INSPIRASI
  • KESIHATAN
  • ADVERTORIAL
  • RENCANA
  • TEKNOLOGI
  • PENDIDIKAN
  • BISNES
  • MAHKAMAH
  • JENAYAH
  • KEMALANGAN
  • KEBAKARAN
  • KOLUM
  • GLOBAL
  • SUKAN
  • WBS
  • Home
  • WILAYAH
  • Tindakan pantas APM Spaoh berjaya tangkap tedung selar sepanjang tujuh kaki
  • Tengah
  • WILAYAH

Tindakan pantas APM Spaoh berjaya tangkap tedung selar sepanjang tujuh kaki

Utusan Sarawak 21 hours ago
ANGGOTA APM Spaoh berjaya menangkap ular tedung selar yang berada di bawah almari sebuah kediaman di Kampung Hilir Spaoh, semalam. Foto: APM Spaoh

SPAOH: Kehadiran seekor ular tedung selar di bawah almari sebuah kediaman di Kampung Hilir Spaoh mencetuskan detik cemas buat sebuah keluarga sebelum berjaya ditangkap oleh anggota Angkatan Pertahanan Awam Malaysia (APM) Daerah Spaoh, semalam.

​Menurut kenyataan media APM Daerah Spaoh, kejadian itu mula disedari oleh pemilik rumah, Mohd Hakim, yang terserempak dengan reptilia berbahaya itu ketika ia sedang berkeliaran di ruang tamu rumahnya.

​Bimbang dengan keselamatan ahli keluarganya yang terdedah kepada ancaman berbisa, beliau segera menghubungi talian Pusat Kawalan Operasi Daerah (PKOD) APM Spaoh bagi memohon bantuan kepakaran untuk menangkap reptilia berkenaan.

​Sejurus menerima maklumat kecemasan tersebut, seramai tiga anggota daripada Skuad Charlie telah dikerahkan ke lokasi kejadian bersama peralatan khas untuk mengendalikan haiwan berbisa.

​Setibanya di lokasi, anggota bertugas terlebih dahulu melakukan pemeriksaan rapi di kawasan yang dilaporkan bagi mengenal pasti kedudukan sebenar ular tersebut sebelum menemui seekor ular tedung selar yang sedang bersembunyi di bawah almari.

​Ular tedung selar sepanjang tujuh kaki itu akhirnya berjaya ditangkap dalam tempoh singkat dengan menggunakan kaedah menyepit, sekali gus menamatkan kegusaran penghuni rumah berkenaan.

​Reptilia tersebut kemudiannya disimpan dengan selamat di dalam kotak khas haiwan berbisa dan dibawa balik ke PKOD sebelum dilepaskan semula ke habitat asalnya yang jauh daripada kawasan penempatan penduduk.

​Sepanjang proses operasi menangkap reptilia tersebut dijalankan, tiada sebarang kecederaan dilaporkan berlaku.

Orang ramai dinasihatkan agar sentiasa berwaspada dan segera menghubungi talian 083-473006 atau talian kecemasan 999 jika berdepan situasi serupa.

Oleh Adi Safarman

Continue Reading

Previous: Hari Wanita: Tiang agihkan 1,500 ekor ayam Ahad ini
Next: Chap Goh Meh di Lundu meriah, serlah keharmonian masyarakat berbilang kaum

Arkib

  • TERMA & SYARAT
  • PENAFIAN
  • HUBUNGI KAMI
Utusan Sarawak By Warta Niaga Sdn.Bhd | MoreNews by AF themes.