Skip to content

UTUSAN SARAWAK

SUMBER MAKLUMAT ERA BAHARU

Primary Menu
  • LAMAN UTAMA
  • IKLAN
  • SEMASA
  • WILAYAH
    • Selatan
    • Tengah
    • Utara
  • TEMPATAN
  • NASIONAL
  • INSPIRASI
  • KESIHATAN
  • ADVERTORIAL
  • RENCANA
  • TEKNOLOGI
  • PENDIDIKAN
  • BISNES
  • MAHKAMAH
  • JENAYAH
  • KEMALANGAN
  • KEBAKARAN
  • KOLUM
  • GLOBAL
  • SUKAN
  • WBS
  • Home
  • WILAYAH
  • Projek RTP perkasa kemudahan pendidikan dan komuniti di Meradong
  • Tengah
  • WILAYAH

Projek RTP perkasa kemudahan pendidikan dan komuniti di Meradong

Utusan Sarawak 7 hours ago
ADUN Meradong, Datuk Ding Koung Hiing bergambar bersama yang lain. Foto Pusat Khidmat Meradong

BINTANGOR: Usaha memperkukuh kemudahan pendidikan, rumah ibadat dan prasarana komuniti di kawasan Dewan Undangan Negeri (DUN) Meradong terus diperkasakan menerusi pelaksanaan beberapa projek di bawah program Transformasi Luar Bandar (RTP).

Ahli Dewan Undangan Negeri (ADUN) Meradong, Datuk Ding Kuong Hiing berkata, projek-projek yang diluluskan tersebut memberi tumpuan kepada penambahbaikan kemudahan asas bagi memastikan masyarakat setempat menikmati persekitaran yang lebih selesa, selamat dan kondusif.

“Lawatan ini bertujuan memastikan setiap projek yang telah diluluskan dapat dilaksanakan secara teratur, mematuhi spesifikasi teknikal dan menepati keperluan sebenar penduduk di kawasan tersebut.

“Ia juga turut memberi peluang kepada pihak berkaitan untuk menilai keadaan semasa lokasi projek selain menyelaras pelaksanaan agar berjalan lancar mengikut jadual yang ditetapkan,” katanya kepada media ketika menjalankan lawatan kerja bagi meninjau serta memperincikan pelaksanaan projek RTP Meradong yang berada di bawah kelulusan dan seliaan Jabatan Kerja Raya (JKR) Sarikei, semalam.

Katanya, antara projek yang telah diluluskan termasuk pembinaan baharu tempat letak kenderaan di Sekolah Kebangsaan (SK) Tanah Putih dengan peruntukan RM50,000 dan pembinaan struktur berbumbung di Tadika Methodist Bintangor bernilai RM200,000.

“Selain itu, projek lain melibatkan menaik taraf sistem perparitan di hadapan sekolah serta kemudahan di Sekolah Jenis Kebangsaan Cina (SJKC) Ming Tee bernilai RM50,000, menaik taraf kemudahan Masjid Al-Falah di Sungai Gemuan sebanyak RM60,000 serta pembinaan bilik serbaguna di Rumah Jawi dengan kos RM50,000.

“Turut diluluskan adalah projek menaik taraf pagar Sekolah Jenis Kebangsaan (Cina) Tong Hua bernilai RM50,000, menaik taraf pagar dan kemudahan SJKC Min Daik sebanyak RM100,000 dan menaik taraf kemudahan Sekolah Kebangsaan Sungai Mador bernilai RM80,000.

“Projek lain termasuk pembinaan bilik serbaguna di Rumah Panjang Grinang, Sungai Mador serta di Rumah Vicky, Skim B Meradong yang masing-masing melibatkan peruntukan RM50,000,” katanya.

Jelasnya, projek-projek RTP tersebut memberi manfaat besar kepada masyarakat setempat kerana melibatkan kemudahan penting seperti sekolah, rumah ibadat dan kemudahan komuniti.

“Penambahbaikan seperti sistem perparitan, pagar sekolah dan kemudahan serbaguna bukan sahaja meningkatkan tahap keselamatan, malah memberi manfaat jangka panjang kepada generasi akan datang.

“Pembangunan luar bandar akan terus menjadi keutamaan selaras dengan dasar pembangunan Sarawak yang menitikberatkan keseimbangan pembangunan antara kawasan bandar dan luar bandar.

“Peruntukan RTP yang disalurkan mencerminkan komitmen berterusan kerajaan negeri dalam memastikan setiap lapisan masyarakat tidak terpinggir daripada arus pembangunan,” katanya lagi.

Dalam pada itu, beliau turut merakamkan penghargaan kepada pihak JKR Sarikei atas kerjasama serta komitmen dalam memastikan projek-projek yang diluluskan dapat dilaksanakan mengikut piawaian dan prosedur yang ditetapkan.

Turut hadir, wakil Residen Sarikei, Sing Ming Shyang; Penolong Jurutera JKR Sarikei, Anastasya dan Pemanca Yii Hee Sieng.

Oleh Earl Anek

Continue Reading

Previous: Keharmonian masyarakat asas pembangunan negara
Next: Program MyLesen buka peluang miliki lesen sah

Arkib

  • TERMA & SYARAT
  • PENAFIAN
  • HUBUNGI KAMI
Utusan Sarawak By Warta Niaga Sdn.Bhd | MoreNews by AF themes.